Semakan KWSP Online 2021
Apa itu i-Akaun KWSP?
i-Akaun KWSP adalah laman web rasmi yang telah disediakan oleh KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk memudahkan para pengguna mengakses akaun KWSP tanpa perlu hadir ke cawangan KWSP setiap kali hendak menyiapkan urusan akaun.
i-Akaun KWSP ini memudahkan semua pihak untuk mengakses akaun mereka secara atas talian (online) termasuk pihak majikan.
Dengan mendaftar i-Akaun KWSP ini, pelbagai urusan boleh dijalankan atas talian sahaja. Antaranya:
- Kemaskini profil peribadi
- Semak status penamaan
- Semak kelayakan pengeluaran
- Daftar simpanan shariah
- Semakan penyata KWSP
- Semak rekod caruman
Cara Mengaktifkan i-Akaun (Ahli)
Untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun (ahli) anda, sila tekan panduan ringkas daripada KWSP di sini atau teruskan membaca langkah-langkah di bawah ini.
- Selepas pendaftaran, ahli akan menerima kata laluan melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun.
- Layari www.kwsp.gov.my
- Pilih Log Masuk di tab menu dan klik i-Akaun (Ahli)
- Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan
- Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk
- Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan . Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya
- Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna . ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8 -16 digit . (Contoh : ahmad1234 ) (Nota : ID Pengguna boleh dipinda sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan )
- Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan . (Contoh : AbuAli12345 )
- Pilih Imej Online
- Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya
- Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan. Ahli boleh terus login ke i-Akaun.
Cara Semakan Penyata KWSP Online
Selepas pengguna log masuk ke akaun i-KWSP, untuk mengakses semakan penyata, sila ikut langkah-langkah di bawah:
- Sila tekan butang Akaun Peribadi di tab atas sekali, dan
- Seterusnya tekan “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“
i-Akaun KWSP telah memudahkan penggunanya untuk menyemak penyata-penyata seperti:
- Semakan penyata KWSP, dan
- Semakan Dividen KWSP Online
Pengguna boleh juga memuat turun aplikasi mudah alih i-Akaun daripada Google Play dan App Store di smartphone masing-masing.
Ingin mengetahui Rasmi: Jadual Pembayaran BPR Bantuan Prihatin Rakyat, sila tekan di sini.
Selamat maju jaya!