Hujung Bulan Ini BTR Fasa 1 akan dibayar – MyInfoKerja
Hujung Bulan Ini BTR Fasa 1 akan dibayar – Rakyat sedang menunggu pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang bakal dilaksanakan Januari ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.
CARA BAYARAN
Pembayaran bantuan adalah melalui 2 kaedah iaitu
Secara Kredit – Terus kepada penerima yang memiliki Akaun Bank yang aktif
Tebus Tunai – Penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank dan gagal kredit
BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023 FASA 1
Tidak lama lagi, pembayaran Bantuan Tunai Rakyat bakal dikreditkan oleh pihak kerajaan. Sudah tentunya rakyat sangat gembira dengan perkhabaran tersebut.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Diharapkan dengan adanya bantuan ini ia mampu membantu serba sedikit kehidupan rakyat.
JUMLAH BTR YANG AKAN DIKREDITKAN
Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran bantuan seperti berikut
-RM 300 – Untuk Isi Rumah
-RM 100 – Untuk Bujang
Mengenai kelayakan pendapatan bagi isi rumah dan bujang untuk terima bantuan tersebut belum diumumkan setakat ini. Diharapkan bantuan tersebut diberikan kepada semua golongan dalam kategori yang sama.
Tiada tarikh terkini mengenai pembayaran BTR Fasa 1 ini. Oleh itu, disebabkan Perdana Menteri sudah umumkan bahawa pembayaran akan dikreditkan Januari ini.
Kesimpulan yang kita boleh dapat adalah pembayaran BTR Fasa 1 paling lambat adalah pada penghujung Januari atau 31 Januari ini.
Mohon Juga:
– Dividen ASB 2022 Bonus Khas Bawah PM Baru Anwar Ibrahim
– Bantuan Tunai Bernas RM250 2023, Semak Kelayakan Anda!