Isu Pengurangan harga pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID)
PLUS Malaysia (PLUS) dan Touch ‘n Go untuk membincangkan pengurangan harga pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). Bekas Perdana Menteri Najib Razak mempertengahkan isu ini di laman sosial beliau.
–> Sila baca Cara Permohonan Bantuan Kerajaan Malaysia BKM 2022 Step By Step
Intipati kenyataan berita KWSP
- Pelekat berharga RM35 itu tidak boleh dipasang di dalam kereta.
- Sumber berkata, “pelekat dilekatkan pada bahagian luar cermin atau lampu hadapan. Masalahnya adalah ia cepat lusuh. Ia boleh rosak selepas kereta dicuci beberapa kali,”
- “Idea unuk beralih kepada RFID daripada Touch ‘n Go dan SmartTAG bagus, tetapi semuanya mestilah berjalan lancar,” katanya. “Kerajaan telah memberitahu PLUS dan Touch ‘n Go supaya memastikan semua berjalan secara teratur.”
- Bekas Perdana Menteri Najib Razak mempersoalkan harga jualan RM35 walaupun pelekat itu boleh dibeli secara dalam talian dengan harga RM1.
- Beliau memberi cadangan bahawa harga itu patut dikurangkan kepada RM5 sekiranya ia tidak diberikan secara percuma.
- Isu ini susulan maklum balas orang ramai berhubung kesesakan teruk di sesetengah plaza tol selepas RFID mula digunakan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Plaza Tol Juru di Pulau Pinang ke Plaza Tol Skudai di Johor.
- PLUS memberitahu bahawa sekurang-kurangnya satu laluan RFID disediakan di setiap 83 plaza tol di sepanjang laluan sejauh 657 kilometer (km) itu.
Sumber: FMT
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih