“Harap2 la geng2 aku tak tengok vide0 ni…” Oyen wakil comel, muka m4las nak ”Layan” Oyen undang tawa

“Harap2 la geng2 aku tak tengok vide0 ni…” Oyen wakil comel, muka m4las nak ”Layan” Oyen undang tawa

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kimwoyong,
kelihatan seekor kucing berwarna oren yang dipegang oleh pemiliknya itu dan menari mengikut tarian yang popular di TikTok itu.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah reaksi wajah si oyen yang kelihatan
begitu bengang dan terpaksa melakukannya.

Lebih melucukan, si oyen turut mengikut sahaja apa yang dilakukan pemiliknya itu
dan langsung tidak melawan.

Kalau kucing lain mesti dah mengamuk dan bertindak agresif bila dipaksa macam tu,
tapi oyen kelihatan melayan sahaja karenah tuannya yang ingin melihatnya menari.

Lihat video

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat reaksi muka
si oyen yang lucu itu. Dalam masa yang sama, para netizen sempat berseloroh mengatakan pastinya si oyen turut berasa malu apabila maruahnya sebagai gangster tercalar begini.

Berikut merupakan komen warga maya:
“Harap kawan-kawan aku tak tengok.”

a102

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelarnya sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni.

Mesti ada je akalnya nak buat masalah bahkan riak wajahnya juga kadang-kadang memainkan peranan.

Sama juga dengan kisah yang tular ini dimana oyen kelihatan membuat muka seolah-olah malas layan telatah tuannya mencuri perhatian ramai.

Screenshot 2023 08 14 232254

Leave a Comment