Hakim Najib babit kes 1MDB
Hakim Najib babit kes 1MDB, KUALA LUMPUR – Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa beliau pernah menjadi rakan kongsi di firma guaman yang sama dengan bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan, antara 10 hingga 15 tahun lalu.
Pendedahan itu dibuat sejurus peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertanya kepada pihak pendakwaan, sama ada mereka mahu memanggil Jasmine Loo sebagai saksi pendakwaan atau menawarkannya kepada pasukan pembelaan.
Hakim itu berkata demikian semasa prosiding kes empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, buat masa ini, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada saksi berkenaan menyerah diri atau ditangkap, namun mengakui bahawa kenyataan wanita berkenaan telah direkodkan.
Baca juga ‼️Terkini : Mohd Rafizi Ramli (tengah) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini
Muhammad Shafee berkata, Jasmine Loo merupakan saksi yang sangat relevan selepas dia menyerah diri kepada pihak berkuasa sebelum ini.
Memandangkan isu berkenaan dibangkitkan, Sequerah mengakui bahawa beliau dan Jasmine Loo pernah berkhidmat dengannya, dalam firma guaman yang sama.
“AGC (Jabatan Peguam Negara) belum menerima sebarang hasil siasatan dan saya tidak dapat menyatakan sama ada dia akan dipanggil (sebagai saksi pendakwaan) atau tidak,” katanya.
“Saya fikir hanya mendedahkan (perkara ini) kerana namanya ditimbulkan dalam perbicaraan,” kata hakim itu.
Dia ditahan pada 7 Julai lalu sebelum direman keesokannya dan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.
Jasmine Loo dikatakan antara sekutu rapat Jho Low yang terbabit dalam skandal kewangan 1MDB dan disenaraikan sebagai orang dikehendaki.
Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low, Jasmine Loo, Casey, bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan sekutu rapat Jho Low, Eric Tan Kim Loong.
Media sebelum ini melaporkan, penyiasat Switzerland yang menjalankan siasatan jenayah berhubung skandal 1MDB, memburu pengarah eksekutif Casey Tang dan Jasmine berkaitan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram.
Waran tangkap itu dikeluarkan selepas mereka gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan diteruskan dengan Muhammad Shafee masih menyoal balas saksi pendakwaan ke-44, bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Dana Bank BSI (Singapura) Kevin Michael Swampillai.
ARTIKEL BERKAITAN: Zeti Aziz hadir dalam kes 1MDB