Guna Nombor IC untuk semakan Nombor KWSP

Guna Nombor IC untuk semakan Nombor KWSP terkini – Semak Segera!

Guna Nombor IC untuk semakan Nombor KWSP – Nombor ahli KWSP ini penting untuk kita membuat permohonan berkaitan urusan KWSP seperti baki akaun, semakan caruman majikan, atau lain-lain urusan kewangan seperti membuat pinjaman.

Di sini kami kongsikan langkah-langkah menyemak nombor ahli KWSP secara online atau manual.

KWSP telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan terus kekal relevan sehingga kini. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi memastikan persaraan yang lebih baik dengan melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan anda.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah tabung simpanan persaraan untuk tenaga kerja Malaysia. Ia selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Guna Nombor IC untuk semakan Nombor KWSP

Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan nombor ahli KWSP iaitu:

1. Semak No KWSP Secara Online

Untuk membuat semakan KWSP menggunakan IC, anda perlu terlebih dahulu mendaftar ke i-Akaun yang disediakan oleh KWSP.

Dengan mendaftar i-Account, ahli boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak nombor ahli, menyemak baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, atau urusan lain di rumah atau pejabat.

Untuk makluman, sekiranya anda merupakan pengguna kali pertama i-Akaun, anda perlu mendapatkan ID pengguna dan Kata Laluan terlebih dahulu.

Namun perlu diingat perkhidmatan kaunter di cawangan KWSP perlu melalui Temujanji Dalam Talian terlebih dahulu.

Sekiranya sukar untuk ke kaunter semasa PKP ini, ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang untuk mendapatkan kata laluan sementara.

Dengan kata laluan ini, anda boleh mendaftar i-Akaun dalam Mod Lihat untuk menyemak baki KWSP dan nombor ahli anda.

Nombor KWSP

2. Semak No KWSP Di Kios

Nombor KWSP ahli boleh disemak melalui kiosk KWSP dengan cap jari.

Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kiosk KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Selepas itu, anda boleh mendaftar i-Akaun dan terus menggunakan kemudahan KWSP sepenuhnya secara online.

3. Semak No KWSP Melalui Telefon

Dengan perkhidmatan telefon, anda boleh membuat semakan nombor ahli.

Telefon: 03 – 8922 6000

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan KWSP dan cawangan yang dibuka dalam tempoh PKP, sila rujuk laman web KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

artikal Lain”

RM2000-RM5000 Bantuan Skim Jaya Usahawan Belia

Nombor KWSP

 

 

Leave a Comment