TERKINI: Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP) akan disalur mulai 21 September

GKP 4.0 PEMULIH

Kerajaan akan menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) mulai 21 September ini.

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

Apa itu GKP 4.0?

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Ia adalah sambungan daripada GKP 1.0, 2.0 dan 3.0. GKP 3.0 telah diumumkan oleh Bekas Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.

Intipati Kenyataan Perdana Menteri

  • Bantuan itu akan memberi manfaat kepada lebih satu juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.
  • Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September berjumlah RM500 dan November (RM500).
  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September melalui Portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my
  • Secara keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta PKS mikro di bawah GKP semenjak Covid-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

“Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai,” kata Perdana Menteri.

Semakan online status:

  1. Sila login Portal Rasmi di sini.
  2. Masukkan ID Pengguna & klik Ya untuk Kata Kunci Keselamatan
  3. Masukkan Password
  4. Penyata semakan status bayaran akan dipaparkan
  5. Jika lulus, pastikan nombor akaun bank anda adalah betul.

Untuk maklumat anda, hanya akaun bank persendirian sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan pengkreditan bayaran.

Jumlah bayaran

Untuk GKP 2021 ini, pemohon yang layak akan dapat RM1000. Jumlah & tarikh untuk bantuan tambahan ini adalah seperti berikut :

  • September 2021 – RM500
  • November 2021 – RM500

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

–> Sila baca Kaunter KWSP Dibuka Untuk Perkhidmatan Terpilih Bermula 1 Julai – Janji Temu Online (JTO)

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment