Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh Syarikat Pengendali Pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian yang terkesan dengan wabak COVID-19. Salah satunya ialah di bawah inisiatif Program Strategik Memperksa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), iaitu manfaat bantuan kewangan sebanyak RM3,000.00 yang diberikan secara One-Off kepada Syarikat Pengendali Pelancongan yang layak.
–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!
Syarat Kelayakan
- Hanya syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (Inbound) di bawah MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.
- Hanya pemegang lesen yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC semasa permohonan dibuat layak menerima bantuan kewangan ini.
- Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku pada/selepas 1 Januari 2020 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen berserta dengan bayaran fi proses sebelum/pada 15 Ogos 2021 berdasarkan Garis Panduan Pembaharuan Lesen sedia ada layak menerima bantuan kewangan ini.
- Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku sebelum/pada 31 Disember 2019 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh pelaksanaan PEMERKASA 2021 (16 Mac 2021 sehingga 15 Ogos 2021) tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan kewangan ini.
- Mana-mana Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang mempunyai kompaun tertunggak yang dikeluarkan oleh MOTAC di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] layak untuk menerima bantuan kewangan ini.
- Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang layak menerima bantuan ini perlu mengemukakan Borang PEMERKASA MM2H secara dalam talian.
- Pemberian Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas sebanyak RM3000 ini hanya akan diberikan secara one-off kepada lesen Ibu Pejabat sahaja.
Cara Memohon
Kementerian menyeru syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan kepada pihak Kementerian. Anda boleh memohon Geran Bantuan Khas ini melalui dua cara iaitu secara online atau manual.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan
Cara 1: Secara Online
- Isi Borang Permohonan Online dengan menekan link di sini.
- Bagi permohonan secara atas talian, akaun Google (GMail) adalah diperlukan.
- Scroll ke bawah dan pilih negeri lokasi induk syarikat (HQ).
- Isi Google Form dengan maklumat yang dikehendaki.
- Klik SUBMIT dan permohonan anda telah dihantar.
Cara 2: Secara Manual
Anda hanya perlu menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berhampiran anda.
Lihat Senarai Direktori Pejabat MOTAC Negeri DI SINI.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Syarat Kelayakan PEMERKASA 2021 bagi syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC, sila layari laman sesawang rasmi MOTAC di http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h atau menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.
–> Sila baca Bantuan Bakul Prihatin Negara memberi lebih daripada bakul makanan – KPWKM