Mohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM3,000 One-Off Mulai Hari Ini!

PERMOHONAN GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA BAGI USAHAWAN MIKRO DAN INFORMAL

Usahawan informal dan mikro yang terlibat dalam bencana banjir kini boleh memohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berjumlah RM3,000 yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional.

Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia merupakan geran berbentuk RM3,000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 bagi memulihkan perniagaan dan memastikan perniagaan mereka beroperasi semula.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2022

Logo - Portal Rasmi TEKUN Nasional

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon mestilah peniaga informal dan mikro yang terjejas dengan banjir.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.
  4. Premis perniagaan (termasuk menjalankan perniagaan dari rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 sahaja.
  5. Premis perniagaan yang terputus hubungan tetapi tidak terlibat dengan banjir adalah tidak layak.

Cara Memohon bantuan banjir

i) Secara Online

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://tinyurl.com/geranbbkm.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

ii) Secara Manual

Permohonan secara manual boleh dilakukan dengan berkunjung ke Pejabat Cawangan TEKUN/MEDAC/AIM yang berhampiran dengan membawa dokumen yang diperlukan.

Lokasi pejabat Cawangan TEKUN boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.

–> Sila baca Permohonan Bantuan 2022: Laptop dan Tablet Percuma buat Warga Tani Selangor!

Dokumen yang diperlukan

Sila pastikan anda sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum memohon bantuan banjir keluarga ini:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan penyata bank individu
  3. Salah satu daripada laporan berikut: Laporan Polis/Bomba/NADMA/Agensi MEDAC/Pemimpin Tempatan/Penghulu/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Jawatankuasa Pembanguan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)/Ketua Kaum (Sabah dan Sarawak)/Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil/Dewan Perniagaan

Maklumat lanjut

Untuk info lanjut tentang bantuan, klik di sini.

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH

Shope tengah buat sale sekarang

klik disini — promosi shope terlajak murahs

Leave a Comment