Gempar, Ustaz Kazim Elias Dedah 6 Orang Bertanggungjawab Sihir Dirinya

Gempar, Ustaz Kazim Elias Dedah 6 Orang Bertanggungjawab Sihir Dirinya

Terbaru, beliau yang lebih mesra disapa Ustaz Kazim mendedahkan bahawa seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya untuk meminta maaf kerana menyihir dirinya.

Kisah mengenai derita penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias, yang dipercayai telah disihir mendapat perhatian ramai. Ia susulan daripada pendedahan yang dilakukan olehnya beberapa minggu lalu.

Memetik laporan Kosmo, Ustaz Kazim mendakwa bahawa dua daripada mereka adalah pasangan suami isteri yang mengakui kesilapan mereka sehingga menangis teresak-esak di hadapannya.

Menurutnya, mereka sanggup berbuat sedemikian kerana perasaan hasad dengki serta rasa tidak puas hati terhadapnya.

“Banyak sebab dan yang saya boleh cerita dia marah sebab saya ceramah ada kata tentang dia dan dia malu.

“Yang kedua datang minta maaf sebab dia marah saya dapat macam-macam dan ada juga sebab perasaan, kalau dia tak boleh dapat saya, orang lain pun tak boleh dapat saya,” katanya ketika ditemu bual secara eksklusif oleh Kosmo! Online secara langsung menerusi Facebook.

Terdahulu, Ustaz Kazim telah berkongsi satu foto yang memaparkan keadaan lengannya dan memohon pertolongan dari orang ramai yang berkemampuan untuk membantunya.

Walaupun gambar tersebut hanyalah kiasan tetapi ia menjadi tular dan ramai yang menawarkan bantuan kepadanya.

Dalam pada itu, beliau juga sebelum ini berkata bahawa beliau tidak mampu lagi menyembunyikan masalah yang dihadapi olehnya itu daripada khalayak umum.

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ini, saya rasa saya tidak boleh lagi sembunyi dari orang ramai,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Kosmo

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja

 

Leave a Comment