“Tengah ambik ilmu bancuh simen,” – [VIDEO] Gelagat Oyen cvri perhatian ramai

“Tengah ambik ilmu bancuh simen,” – [VIDEO] Gelagat Oyen cvri perhatian ramai

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @familyoyen7 memaparkan seekor kucing bewarna oren yang popular dengan gelaran Oyen sedang berpaut pada sebuah kereta sorong.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

10 1 181x300 1

“Tengah ambik ilmu dengan atok, cara-cara bancuh simen,” tulis @familyoyen7 di ruangan kapsyen.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kucing tersebut yang tetap tidak berganjak dari kereta tolak tersebut walaupun ia digunakan oleh pemiliknya untuk membancuh simen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 112.4k tontonan, 6.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

8 2 300x156 1

Sumber : tiktok familyoyen7 

Leave a Comment