Bosan Tunggu Anak Shopping Lama Sangat, Gelagat Mak Cik Bersila Depan Kedai Bikin Dekah
Perempuan dan shopping memang tidak dapat dipisahkan sejak azali lagi
Namun, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan gelagat seorang mak cik bersila di depan kedai dan berlakon menjadi peminta sedekah telah mencuri tumpuan ramai.
Kalau dapat masuk pusat beli-belah, memang boleh duduk dalam satu kedai sampai berjam-jam lamanya. Yang jadi mangsa kena tunggu mestilah ahli keluarga atau suami kan?
Video penuh itu di bawah:
@nxraly273Bila mak aku bosan tggu ank dia lama sgt shopping πππ
Anak shopping lama sangat, mak give up sampai berlakon jadi peminta sedekah
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila mak cik itu tiba-tiba berlakon menjadi peminta sedekah sambil membuat isyarat meminta air dan makanan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nxraly273, kelihatan mak cik itu sedang duduk di depan sebuah kedai baju sambil menunggu anaknya yang sakan shopping di dalam.
Gelagatnya yang selamba bersila depan kedai itu telah mencuit hati si anak. Apabila dia tersedar anaknya sedang merakam, mak cik itu terus tergelak malu.
“Ghisau kena angkut je mak cik haha baru nak sedih” – Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan mak cik itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 371K views, 39.2K likes dan 435 shares di TikTok.
Sumber : says