“Amboi tak hormat betul bini kat sebelah” – Gelagat kucing jadi mem besar tarik perhatian ramai
Setiap rumah biasanya mempunyai seekor kucing yang dipelihara sebagai peneman dalam rumah. Kucing yang mahal atau kucing baka biasa, tiada beza kerana masing-masing mempunyai peminat tersendiri.
Seperti yang kita semua ketahui bahawa kucing adalah makhluk kesayangan manusia, tambah lagi pencinta kucing yang sememangnya sayangkan kucing dan menjaga kucing seperti keluarga sendiri.
Video itu telah memperlihatkan seekor kucing yang selamba baring di atas riba pemiliknya seperti penjaganya itu adalah hak miliknya. Sebenarnya kucing kalau dah sayangkan seseorang mesti dia akan selalu berada dekat dan manja dengan seseorang yang disayanginya.
Seperti sebuah rakaman video yang telah dimuatnaik di aplikasi instagram reel apabila ianya memaparkan kemesraan seekor kucing dengan pemiliknya sehinggakan boleh menggantikan tempat isteri kepada pemiliknya itu.
Setelah diterjah ke ruangan komen, ramai warganet yang berpendapat yang kucing itu berlagak kerana dapat baring tanpa digangu. Dan kelihatan mimik mukanya itu juga menggambarkan seperti kesombongannya itu. Macam-macam sangat kucing ni.
Komen Netizen:
Sumber : https://www.instagram.com/kongsi.viral/