Gangguan bekalan air di Selangor selama 4 hari
Penduduk di 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air, mulai hari ini.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Intipati kenyataan berita
- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan di sini, memberitahu, antara daerah terbabit ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
- Gangguan bekalan air yang bermula jam 9 pagi itu adalah berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan
- Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) selama 14 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober ini.
- Penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur yang terlibat dengan gangguan bekalan air bermula ini dinasihatkan agar tidak panik dan tertekan dengan situasi ketiadaan air kali ini memandangkan ramai mengeluh kerana masalah itu kembali dialami mereka.
- Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, ketiadaan bekalan air kali ini adalah disebabkan oleh gangguan air berjadual, yang telah dirancang rapi oleh pihak Air Selangor.
- Menurutnya, selaku operator, Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
- Pelaksanaan kerja-kerja ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar.
- Pelaksanaan kerja-kerja ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.
- Penduduk yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih