Gaji Minimum RM1500 Akan Dilancarkan bermula 1 Mei 2022

Gaji Minimum RM1500 – Akan Dilacarkan bermula 1 Mei 2022

Kadar gaji minimum RM1500 sebulan akan dilancarkan bermula 1 Mei ini di seluruh Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Walaubagaimanapun, gaji minimum ini hanya akan membabitkan majikan syarikat besar sahaja dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan yang sederhana (PMKS).

Gaji Minimum RM1500

Lihat Juga: Bantuan Kuarantin 2022: RM100 Sehari / RM1400

Gaji Minimum RM1500

Penangguhan Gaji Minimum RM1500 Kepada Syarikat Kecil

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu kepada syarikat, perusahaan kecil dan koperasi yang tidak mampu membayar kada gaji tersebut kepada pekerja mereka.

Gaji Minimum RM1500

Katanya, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diarah untuk berbincang bagi membolehkan syarikat dan perusahaan seumpamanya menangguhkan perkara berkenaan.

Gaji Minimum RM1500

  • “Bagi syarikat kecil, mikro dan yang berkurangan pendapatan Menteri Sumber Manusia akan berbincang dengan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).
  • “Ini termasuk koperasi kecil yang tidak mampu membayar kadar gaji sebulan tersebut, agar kita tangguhkan pelaksananan kuantiti gaji tersebut kepada syarikat kecil ini.
  • “Kita faham kalau ada restoran, gerai atau warung di kampung yang ada jumlah pekerja yang kecil, tidak wajar memaksa mereka. Jadi, 1 Mei ini untuk syarikat besar, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebagainya,” katanya.

Kos Sara Hidup Meningkat

  • “Kos sara hidup semakin meningkat. Ini akan menekan golongan B40. Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana.
  • “Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1500 yang baharu selama sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara,

” katanya dalam ucapan penggulungan PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini”

Gaji Minimum RM1500

Sumber: Berita Harian

Sumber Sahih: mingguankerja.my

MyinfoKerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Gaji Minimum RM1500 ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

 

Leave a Comment