Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1,800 Sebulan – CUEPACS
Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1,800 Sebulan – CUEPACS. isu gaji minima sedang hangat diperkatakan di kalangan orang ramai dan media massa.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, kaedah baharu bagi pelaksanaan gaji minima akan dirangka bagi memastikan kebajikan setiap pekerja di negara ini terbela.
Langkah ini selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.
Beliau yang menyifatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 agak rendah berkata, majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka.
“Dalam mesyuarat kabinet nanti, kita cari kaedah baharu untuk tetapkan gaji pekerja dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan itu berkata, isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian ‘sekali dan untuk semua’.
Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1,800 Sebulan
Perintah Gaji Minimum Berkuatkuasa 1 Mei
Perintah gaji minimum dengan kadar minimum RMt1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Januari lepas kepada 1 Julai depan.
Perintah gaji minimum dengan kadar minimum RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Januari lepas kepada 1 Julai depan.
Kerajaan Sumbang RM1 Juta Untuk Cuepacs
Sementara itu, Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan dana tambahan RM1 juta untuk Cuepacs.
“Terima kasih juga kepada kerajaan yang cakna dengan upah penjawat awam dari kalangan gred bawahan,” katanya.
Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata, pelaksanaan gaji minimum sewajarnya dikaji semula.
Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1,800 Sebulan
Agar ianya lebih progresif dan bermaruah selaras kos sara hidup ketika ini.
“Pemantuaan kerajaan juga perlu dibuat mengenai pelaksanaan gaji minimum supaya majikan tidak culas,” katanya yang turut merakam penghargaan kepada kerajaan diberikan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu pengurusan MTUC.
Kerajaan Bakal Naikkan Gaji Minimum
Semak Juga: Syarat Kelayakan Pengeluaran Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP
Mohon Juga: Jawatan kosong UKM dengan gaji sehingga RM4,003
Melalui pengenguman kerajaan berkenaan perancangan menaikkan kadar gaji minimum bagi tujuan membantu menjaga kebajikan para pekerja.
Di samping faktor taraf kehidupan yang semakin meningkat pada ketika ini.
Penetapan gaji minimum sebelum ini hanyalah RM1,200 sahaja yang mana pihak kerajaan telah ubah dan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500.
Oleh itu, jika gaji minimum ditetapkan semula kemungkinan kadar kenaikan sebanyak RM300 yang mana telah digunakan sama seperti sebelum ini.
Yang menjadikan kemungkinan kadar gaji baharu adalah sebanyak RM1,700 – RM1,800.
Semoga usaha pihak kerajaan ini dapat direalisasikan dalam masa terdekat.
Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1,800 Sebulan
JOIN TELEGRAM: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Gaji Minima Akan Dinaikkan Kepada RM1,800 Sebulan