Fasa 2 PPN: 11 sektor ekonomi yang dibenarkan bermula 16 Ogos
Kerajaan membenarkan 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa esok.
Penting untuk dijelaskan, kemudahan terbaharu yang diumumkan ini akan terpakai ke atas semua fasa PPN dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50% dan individu- individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Senarai sektor ekonomi yang dibenarkan FASA 2 PPN
Kerajaan juga bersetuju membenarkan 11 aktiviti ekonomi di dalam sektor perdagangan dan pengedaran untuk kembali beroperasi di dalam Fasa 2 berkuatkuasa pada 16 Ogos 2021. Kesemua 11 aktiviti ekonomi ini adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula di dalam Fasa 1. Aktiviti-aktiviti ekonomi tersebut adalah seperti berikut:
- Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi;
- Kedai barangan terpakai;
- Kedai bunga dan nurseri;
- Kedai kraftangan dan cenderahati;
- Kedai antik;
- Kedai alat permainan;
- Kedai permaidani;
- Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif;
- Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain- lain);
- Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi;
- Kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik);
Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.
- Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
- Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Johnson & Johnson dan CanSino, individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan
(Sumber: laman web Pejabat Perdana Menteri)
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih