FASA 1 PPN: Senarai 11 sektor ekonomi yang dibenarkan bermula 16 Ogos (VAKSIN LENGKAP)

Fasa 1 PPN: 11 sektor ekonomi yang dibenarkan bermula 16 Ogos

Kerajaan membenarkan 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa esok.

Penting untuk dijelaskan, kemudahan terbaharu yang diumumkan ini akan terpakai ke atas semua fasa PPN dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50% dan individu- individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

image 1

Senarai sektor ekonomi yang dibenarkan FASA 1 PPN

Sehubungan itu, setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan setelah berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor-sektor berkepentingan, Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 iaitu:

  1. Kedai cuci kereta
  2. Kedai elektrik dan elektronik
  3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
  4. Kedai perabot
  5. Kedai peralatan sukan
  6. Kedai aksesori kereta
  7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
  8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
  9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
  10. Kedai barang kemas
  11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja) – terdapat SOP-SOP kesihatan tambahan yang MESTI dipatuhi. Ia termasuklah memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan fitting room. SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan.

Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.

  • Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
  • Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Johnson & Johnson dan CanSino, individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan

(Sumber: laman web Pejabat Perdana Menteri)

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment