Faktor KPM Buka Pengambilan Guru Baharu
Faktor KPM Buka Pengambilan Guru Baharu. Sememangnya pengambilan guru baharu merupakan kebiasaan tahunan yang diadakan oleh pihak KPM dan SPP. Memilih kerjaya sebagai guru memerlukan ketabahan dan kesanggupan berkhidmat yang tinggi. Jadi, peluang kerjaya menjadi seorang guru amatlah cerah.
Pengambilan Guru juga perlu melatih diri untuk menjadi kuat demi mendidik anak-anak. Tugas murni guru merupakan satu sumbangan yang besar kepada negara. Jikalau dipilih menjadi guru, ikhlaskanlah diri untuk menempuh onak liku kehidupan harian sebagai seorang guru. Semoga Maju Jaya Bakal Guru!
Bagi pengambilan guru secara ‘one-off’ pada tahun lepas dicatatkan sebanyak 18,720 guru telah diambil dan didapati lebih 100 guru bahasa cina telah ditempatkan di seluruh negara.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Datuk Dr Mah Hang Soon , pelbagai usaha berterusan akan Kementerian Pendidika Malaysia(KPM) laksanakan bagi menangani isu tersebut.
Faktor KPM Buka Pengambilan Guru Baharu. Faktor Bersara Awal Punca Negara Kekurangan Guru Bahasa l KPM Akan Buka Pengambilan Guru Baharu. Ramai guru telah memilih bersara awal antara sebab yang dikenal pasti negara kekurangan guru bahasa di sekolah. Oleh itu, Walaupun sebelum ini negara kita baharu sahaja membuka pengambilan secara ‘one-off’.
Usaha berterusan akan diambil oleh pihak KPM bagi memastikan tenaga pengajar mencukup bagi semua sekolah. Menurutnya lagi, beliau mengulas lanjut bahawa ada guru yang bersara, mengambil cuti bersalin dan bersara awal bukan mengikut persaraan wajib.
Isu kekurangan guru bahasa inggeris ,bahasa cina, dan bahasa tamil di seluruh negara meskipun sebelum ini telah dibuka pengambilan secara besar-besaran oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP).
Baca Juga: Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan
Baca Juga: Cara Memohon Bantuan Permohonan Rumah PPR 2022
Penyelesaian Bagi Masalah Guru Bersara Awal
Tidak dinafikan tugasan menjadi seorang guru adalah tidak mudah. Di zaman moden ini guru-guru banyak menghadapi pelbagai pembaharuan sistem pendidikan negara yang kerap bertukar-tukar sebelum ini. Guru-guru juga kebanyakannya menerima baik apa-apa keputusan atau perubahan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).
Kita sedia maklum, sebenarnya kita sedang mengalami trend mengejut guru bersara awal. Terdapat banyak faktor yang kita boleh lihat yang menyumbangkan trend guru bersara awal.
Profesion guru bukanlah satu tugas yang ringan dan ia penuh tanggungjawab. Guru yang berkhidmat untuk anak bangsa sememangnya tahu tanggungjawab dan amanah yang mereka pikul. Oleh itu, ada dikalangan guru yang bersara awal kerana terasa beratnya tanggungjawab dan memilih untuk memfokuskan bidang perniagaan
Memandangkan usaha penyelarasan sistem pendidikan negara bukanlah suatu yang mudah dan guru-guru juga ada yang terkesan. Walaubagaimanapun, tidak semua mereka yang bersara awal dari guru adalah kerana kesukaran menjadi seorang guru.
Tekanan Apabila Bergelar Seorang Guru
Bagi sesetengah guru, kerja-kerja perkeranian inilah yang sedikit memberi tekanan. Usai mengajar, balik buat kerja kerani pula. Tetapi menjadi seorang guru sememangnya begitu kerana “Guru Itu Ibarat Lilin”. Bila dilihatkan, ya benar ada penatnya menjadi seorang guru.
Tidak mudah, namun berbaloi apabila melihat anak didik semakin pandai dan memahami pembelajaran. Tetaplah sabar menghadapi pekerjaan guru yang mendidik anak-anak.
Ya, kita semua tahu tugas seorang guru memang mempunyai banyak tugas yang perlu diselesaikan. Kebiasaan tugasan harian guru di waktu pagi adalah mengajar sampai ke petang dan apabila Selepas tamat sesi pengajaran di sekolah, guru-guru akan memfokuskan pula kerja-kerja sampinga seperti menyemak latihan murid, mengisi data murid dan merancanga pengajaran besoknya.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Sumber: Sistemguruonline