ePrasekolah 2023, Daftar Secara Atas Talian Sehingga April 2022

ePrasekolah 2023

ePrasekolah Tahun 2023, daftar secara dalam talian melalui Portal KPM yang akan dibuka Mulai 1 Mac 2022 Hingga 30 April 2022.

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, pendaftaran boleh dibuat melalui 2 cara berikut:

Secara Online: Melalui portal ePrasekolah KPM
Secara Manual: Ambil Borang Permohonan Di Sekolah Yang Ingin Dimohon
Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat pendaftaran online di portal tersebut.

ePrasekolah 2023

Tarikh Daftar Prasekolah 2023

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2022 Hingga 30 April 2022.

Baca juga: Bantuan RM 700 Secara Automatik

Syarat Permohonan ePrasekolah 2023

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 sahaja yang layak untuk memohon.

Semakan Keputusan Permohonan

  1. Secara Dalam Talian – Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).
  2. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon – Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).

Cara Daftar

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.

  1. Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/
  2. Daftar Pengguna
  3. Log Masuk
  4. Klik Borang Permohonan Prasekolah
  5. Lengkapkan Maklumat
  6. Pilih Sekolah Yang Dipohon
  7. Pengesahan Permohonan Oleh Ibu Bapa/Penjaga
  8. Hantar Permohonan Dalam Talian Selewat-lewatnya 30 April 2022
  9. Cetak Permohonan
  10. Hantar Cetakan Borang Permohonan Berserta Dokumen Yang Berkaitan Ke Sekolah Yang Dipohon Selewat-lewatnya 31 Mei 2022
  11. Semak Keputusan Secara Dalam Talian

Contoh permohonan manual

ePrasekolah 2023

Rayuan Permohonan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my/

Leave a Comment