Dengan mengenalkan sebuah program yang dikenali sebagai e-Pemula sebanyak RM150. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini:
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi meringankan beban dan membantu mereka yang memerlukan.
Syarat-syarat Kelayakan ePemula RM150
Bantuan e-Dompet ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun pada 2022 iaitu yang lahir pada tahun 2002, 2003 dan 2004.
Bantuan ini turut diberikan kepada sebarang umur yang belajar sepenuh masa di mana-mana institut pengajian tinggi (IPT) awam/swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan
Cara Tebus
Penebusan e-Dompet boleh dibuat bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut;
- Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik;
- Di aplikasi e-tunai pilihan pemohon, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan e-Pemula dan tekan “Hantar”;
- Pemohon akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
Dimaklumkan juga bahawa kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022. Namun ia hanya boleh digunakan bagi pembayaran runcit dalam kedai dan tidak melibatkan sebarang urusan berikut:
- Pemindahan kredit e-Dompet;
- Pembayaran untuk bil, prabayar, pasca bayar dan kredit permainan;
- Pembayaran tol melalui RFID dan PayDirect;
- Pembelian dalam talian.
Cara untuk memohon untuk eDompet?
- Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan “Hantar”
Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya - Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula
- Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada Soalan Lazim ePemula
Bagi maklumat lanjut berkenaan e-Dompet, sila rujuk – DI SINI.
Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ ePemula RM150, Cara Tebus eDompet ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih