Elaun RM600 kepada yang tiada pekerjaan & sedang mencari kerja!
Apa itu Elaun Mencari Pekerjaan?
SIP Prihatin 2.0 telah diperkenalkan di bawah Pemulih oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 yang lalu bagi memperluaskan jaringan perlindungan sosial kepada pelbagai lapisan masyarakat dan meringankan beban mereka amnya ketika krisis Covid-19 ini.
Perluasan Elaun Mencari Pekerjaan atau dikenali sebagai SIP PRIHATIN 2.0 adalah Elaun Mencari Pekerjaan bagi tempoh 2 bulan dan Elaun Persediaan Bekerja sekiranya telah kembali bekerja bagi individu yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insuran Pekerjaan PERKESO dan juga bagi individu yang menganggur dan aktif mencari pekerjaan.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih
Syarat Kelayakan
- Golongan yang hilang pekerjaan dan tidak dilindungi oleh Sistem Insurans Pekerjaan (PERKESO).
- Golongan yang menganggur.
- Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan melalui portal MyFutureJobs.
- Menghadiri temuduga PERKESO.
- Bagi melayakkan mereka menerima bantuan ini, pemohon perlu: mendaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan PERKESO agar usaha pencarian pekerjaan mereka dapat dibantu dan dipantau oleh PERKESO.
- Menghadiri sekurang-kurangnya tiga temuduga dalam sebulan, sama ada secara fizikal atau dalam talian
–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!
Jumlah insentif Elaun Mencari Pekerjaan (SIP Prihatin 2.0)
Sila baca poster dibawah untuk kadar elaun:-
Tarikh dan cara memohon
Pendaftaran untuk program Elaun Mencari Pekerjaan akan dibuka pada 15 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.
Individu perlu berdaftar di bawah platform MyFutureJobs untuk menerima inisiatif ini. Berikut adalah panduan membuat pendaftaran MyFutureJobs:
- Layari laman web myfuturejobs.gov.my
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register’
- Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
- Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal.
- Permohonan boleh dibuat melalui: Aplikasi Prihatin PERKESO
- Muat turun aplikasi melalui Play Store dan App Store untuk buat permohonan dan semakan statu permohonan.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, boleh hubungi talian 1 300 22 8000 Email ke [email protected].
Baca Soalan Lazim di sini.
–> Sila baca Permohonan GKP 4.0 Pakej PEMULIH RM1,000 ~ cara dan tarikh memohon