Pekerja berpeluang menerima elaun Kerja Sebanyak Rm1000

Pekerja berpeluang menerima elaun Kerja Sebanyak Rm1000

Pekerja berpeluang menerima elaun Kerja Sebanyak Rm1000, Yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan dan PERKESO  sebagai bantuan pekerjaan.

Pemberian bantuan ini adalah kepada pekerja yang berdaftar di bawah program SIP Prihatain 2.0.

Untuk mengetahui informasi lanjut, sila baca artikel ini sehingga habis.

elaun Kerja

KADAR ELAUN

Berikut ialah perincian untuk pembahagian kadar elaun yang dimaksudkan di atas :

1) RM 400 ONE-OFF

Aktiviti Carian Pekerjaan
Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama
Jumlah Aktiviti Setiap Bulan
Sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan

2) RM 300 X 2 BULAN

Aktiviti Carian Pekerjaan
Menghadiri temu duga terbuka (fizikal atau dalam talian)
Jumlah Aktiviti Setiap Bulan
3 temu duga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan

elaun Kerja

PROGRAM 2.0 SIP

Melalui program bantuan ini telah diperuntukkan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 untuk membantu rakyat yang kehilangan kerja akibat pandemik serta penutupan sektor ekonomi yang melanda.

Terdapat dua (2) JENIS ELAUN yang pekerja boleh dapat termasuklah

Elaun Kerja & Persediaan Pekerjaan (EPB)

Bantuan berjumlah RM 400 akan diberikan
Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off sahaja (sekali bayar)
Diberikan kepada pemohon sekiranya pemohon berjaya dapat pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP Prihatin 2.0

Bantuan Kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Pemberian bantuan ini adalah sebanyak RM 300 sebulan dan hanya diberikan untuk tempoh dua (2) bulan sahaja
Jumlah maksimum bantuan ini RM 600

PERMOHONAN

Permohonan elaun Kerja boleh dibuat secara dalam talian atau online melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO.

Anda perlu muat turun aplikasi tersebut melalui App Store atau Play Store telefon pintar anda.

Seterusnya, anda perlu membuat pendaftaran untuk pencarian kerja dalam portal rasmi MyFutureJobs www.myfuturejobs.gov.my .

Anda hanya perlu buat pencarian kerja, hadir temu duga dan kemas kini log aktiviti anda pada setiap hari.

Apabila telah mendapat pekerjaan, sila kemas kini pada aplikasi PRIHATIN PERKESO. Sekiranya lulus, pembayaran bantuan pekerjaan / elaun akan dilakukan secara automatik.

KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan elaun Kerja yang ditetapkan untuk pemberian elaun pekerjaan di atas :

Rakyat Malaysia yang tidak bekerja atau yang kehilangan pekerjaan seperti tidak dilindungi di bawah SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) serta Berdaftar dalam portal MyFutureJobd dan aktif cari kerja.

Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua.

Baca di sini : TERKINI: Pengeluaran Akaun 2 KWSP Kini Dibenarkan

Rujuk sini: Jawatan Kosong PERKESO

Join Tiktok Klik di sini

Leave a Comment