Sistem eKasih 2021: Permohonan dan Jenis Bantuan eKasih 2021

Bantuan eKasih 2021 Kepada Golongan Yang Berkelayakan

Apa itu eKasih?

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

eKasih bukanlah program bantuan, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan  oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Berikut adalah perkara yang boleh dilakukan dalam sistem eKasih ini:

  • Membuat semakan status kemiskinan secara online
  • Menyelaraskan maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

Siapa yang boleh memohon bantuan?

Syarat kelayakan bantuan 2021 adalah berbeza-beza bagi lokasi (negeri) dan jenis bantuan yang dimohon. 

Kepada yang ingin memohon bantuan eKasih 2021, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Berikut adalah  PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri:

ekasih   pgk3

Cara Mendaftar eKasih

Individu yang ingin mendaftar diri di sistem eKasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Orang awam yang berkelayakan boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

pgk1

Senarai Bantuan Bagi Individu Yang Berdaftar eKasih

Bagi mereka yang telah mendaftar diri di eKasih, banyak bantuan yang boleh dimohon antaranya:

1) Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Jika anda penerima ekasih,anda juga layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat(BPR)

2) Bantuan iSuri KWSP

Jika anda penerima ekasih,anda juga layak menerima Bantuan iSuri KWSP. Anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI).

3) Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas

Sepanjang tempoh PKP & juga pasca PKPB serta PKPD, banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem ini

4) Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim

Setiap kali kerajaan mengumuman secara one off kepada bantuan oku dan bantuan anak yatim, biasanya kerajaan akan merujuk kepada senarai nama dalam pengkalan data portal pembasmian kemiskinan untuk diberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan terlebih dahulu.

5) Bantuan Persekolahan

Menjelang pembukaan sekolah, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana nama ibu bapa sudah tersenarai dalam portal pembasmian kemiskinan menerima bantuan persekolahan

6) Bantuan Prihatin Nasional(BPN)

Jika anda penerima ekasih,anda juga layak menerima Bantuan Prihatin Nasional(BPN)

7) Permohonan MYTV percuma

Jika anda penerima e-kasih,anda juga layak menerima MYTV percuma

8) Bantuan Khas Bakul Makanan JKM

Jika anda penerima e-kasih,anda juga layak menerima Bantuan Khas Bakul Makanan JKM tanpa perlu isi borang permohonan ekasih disebalik perintah PKPB & PKPD di Melaka, Kuala Lumpur KL, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Perlis, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang Penang, Perak, Selangor dan Pahang

pgk2

Sila pergi ke portal web rasmi eKasih untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut di sini.

eKasih 2021: Permohonan dan Jenis Bantuan eKasih 2021

Bagi mereka yang tergolong dalam golongan yang layak menerima bantuan, silalah urus dan berdaftar diri dengan eKasih untuk mendapat bantuan-bantuan yang diberikan daripada pihak kerajaan.

Diharapkan agar bantuan ini dapat meringkan beban bagi mereka yang memerlukan.

–> Sila bacaPERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ONE-OFF KEPADA PEMANDU PELANCONG DAN AGENSI PELANCONGAN NEGERI JOHOR

Selamat maju jaya!
TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment