e Perolehan: 7 Perkhidmatan Yang Ada Dan Kebaikanya

e Perolehan. Jika kita lihat, dunia perniagaan semakin hari semakin banyak perubahan. Kalau dahulu perniagaan dilakukan secara manual atau dalam erti kata lain secare bersemuka.

Namun begitu, dari tahun ke tahun ada bermacam perubahan dalam perniagaan telah berlaku. Terutama sekali pada masa kini kebanyakkan perniagaan dilakukan secara online tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan secara fizikal.

Malah, perniagaan online ini menjadi pilihan ramai dari mereka yang berniaga dan ramai antara para pelanggan lebih gemar membeli barang secara online kerana sangat mudah dan dapat menjimatkan masa. Disebabkan itu, banyak sistem perniagaan online telah di wujudkan. Salah satunya ialah e Perolehan.

Apa Yang Di Maksudkan Dengan e Perolehan?

e Perolehan

e Perolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Ia bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Dengan adanya aplikasi ini,

Ia mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep “paperless” atau bebas kertas diguna pakai sepenuhnya. Bebeza pada waktu dahulu, jika kita pembekal hendak menawarkan produk dan perkhdimatan mereka perlu keluarkan wang yang banyak kerana perlu sediakan kertas yang tebal kerana perlu menyediakan segala maklumat mengenai produk dan perlu menyediakan kertas tender yang sangat tebal. Sudah tentulah memerlukan kos yang besar dan membazirkan masa pembekal.

Apa Perkhidmatan Yang Di Tawarkan Dalam Sistem e Perolehan??

e Perolehan

Di dalam sistem e Perolehan ada 7 perkhidmatan yang di tawarkan. Antaranya ialah:

  1. Menghantar kertas cadangan Tender / Sebut Harga
  2. Menghantar permohonan
  3. Menerima Permohonan
  4. Menyemak status permohonan
  5. Menyerahkan tawaran tender
  6. Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
  7. Katalog Elektronik (eCat).

Baca Juga: 4 Cara Mudah Untuk Semak Baki PTPTN

Jenis Akaun Untuk Pendaftaran Sistem e Perolehan

e Perolehan

Untuk mendaftar anda boleh pergi ke Website Rasmi e Perolehan Di dalam website ini, anda di beri 3 jenis akaun yang boleh anda pilih untuk mendaftar. Antaranya ialah:

1- Akaun Asas

  • Akaun ini adalah khas bagi pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.

2- Akaun MOF

Akaun ini adalah untuk pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:

  • Kontraktor:

Melakukan transaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau melakukan transaksi dengan kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan

  • Perunding

Melakukan transaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.

3- Akaun G2G

  • Untuk transkasi agensi Kerajaan¬† dengan Kerajaan Persekutuan untuk bekalan dan perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai dalam sistem ePerolehan.
  • Antara agensi kerajaan tersebut ialah, badan Berkanun persekutuan/negeri, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Kebaikan Yang Pembekal Boleh Dapat Apabila Menggunakan Sistem e Perolehan

Sistem ini bukan hanya sekadar sistem perniagaan semata-mata tetapi ia mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah:

  • Keseluruhan proses transaksi atas talian akan menjadi lebih cepat dan lebih cekap;
  • Menawarkan kemudahan perkhidmatan kendiri seperti pendaftaran dalam talian untuk lawatan tapak dan taklimat, laporan pembekal dan arahan mengenai pembatalan penghantaran.
  • Kemudahan komunikasi antara pembekal dan kerajaan yang boleh dibuat pada bila-bila masa atau mana-mana tempat.
  • Belajar mengenai konsep eCommerce menjadi lebih mudah dengan menggunakan ePerolehan sebagai platform perniagaan.
  • Urusan perniagaan, pengiklanan produk menjadi lebih cepat dan kos yang lebih murah, menyebabkan peningkatan jumlah pembelian
  • Kecekapan dan konsistensi ePerolehan membolehkan perancangan perolehan yang lebih berkesan oleh pembekal, kerana proses yang dihasilkan secara automatik mengurangkan kos operasi perniagaan disebabkan oleh masa pemulihan yang lebih cepat.

Sistem e Perolehan Sangat Memudahkan Para Pembekal Untuk Menawarkan Produk Mereka

Kesimpulanya, dengan adanya sistem sebegini ia sedikit sebanyak membantu para pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih mudah dan dalam pada masa yang sama ia sangat menjimatkan kedua-dua pihak iaitu pihak badan kerajaan dan pembekal.

Leave a Comment