E-PENGELUARAN KWSP TELAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

E-PENGELUARAN KWSP TELAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

E-PENGELUARAN KWSP TELAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN.

Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Dalam masa sama, terdapat sebuah lagi kemudahan di bawah KWSP iaitu e-Pengeluaran yang membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran sebahagian simpanan secara atas talian.

E-Pengeluaran adalah sebuah kemudahan yang diperkenalkan oleh KWSP kepada setiap ahlinya yang mendaftar di bawah Sistem i-Akaun.

E-PENGELUARAN KWSP TELAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

E-PENGELUARAN KWSP TELAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian (bagi tujuan-tujuan di tertentu).

Berikut adalah senarai pengeluaran sebahagian simpanan KWSP dengan menggunakan E-Pengeluaran: –

BACA JUGA: Bayaran Bantuan JKM – Tarikh dan Jadual Pembayaran

Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak RM200

Pengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP
Membiayai Pendidikan

Pihak KWSP membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Membina Rumah

Ahli boleh membuat pengeluaran sebahagian simpanan mereka dari Akaun 2 bagi tujuan membina rumah. Antara syarat-syarat utamanya adalah mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima dan berumur bawah 55 tahun.

Membeli Rumah

Untuk ahli yang ingin membeli rumah, pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Rawatan Kesihatan

Untuk ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Cara Menggunakan E-Pengeluaran KWSP
Seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi, ahli perlulah mempunyai i-Akaun KWSP.

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI dan tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI (PDF).

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment