E Pengeluaran KWSP – Cara Keluar Klik Sini
E Pengeluaran KWSP – Cara Keluar Klik Sini. Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Tahukah ada, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Tujuan E Pengeluaran KWSP
E Pengeluaran KWSP. Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut;
Pengeluaran untuk membeli rumah
Pengeluaran untuk membina rumah
Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
Rawatan perubatan
Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
Pengeluran untuk pendidikan
Syarat Kelayakan e-Pengeluaran KWSP. Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:
Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP
Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online
Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.
Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Klik menu ‘Pengeluaran’
2. Klik menu ‘Pengeluaran’3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’
4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.
6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.
Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?
8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.
Maklumat Lanjut e-Pengeluaran KWSP
Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda bole layari www.kwsp.gov.my
Jawatan Kosong Di Kementerian Pendidikan Malaysia
Maklumat Jawatan Kosong Di HSBC Bank Malaysia Berhad, Mohon Sekarang! MyInfokerja