Pendaftaran E-census 2021

E-census merupakan satu portal khas untuk membanci Penduduk dan Perumahan Malaysia. Projek banci yang akan dilaksanakan di semua kawasan perumahan dan kediaman di seluruh Malaysia pada tahun 2020. Projek Banci 2020 adalah banci yang keenam yang dilakukan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Pelaksanaan Banci 2020 ini merujuk kepada peruntukan yang terdapat dalam Akta Banci 1960 (disemak 1969). Tambahan pula, Akta ini juga memastikan bahawa semua maklumat yang dikumpulkan adalah sulit dan tidak akan didedahkan.

Seiring dengan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia, pengumpulan maklumat banci adalah amat penting. Ianya dijalankan dalam talian dan diperkenalkan melalui Portal Banci dan aplikasi mudah alih telefon bimbit. Untuk melengkapkan borang e-Banci, kad pos yang mengandungi panduan dan pautan e-Banci.

e-census

Portal Banci atau E-Census

akan dihantar ke kediaman anda. Di samping itu, aplikasi mudah alih juga diperkenalkan untuk penghitung dapat mengisi maklumat anda semasa wawancara dilakukan sama ada menggunakan tablet atau telefon pintar.

Setiap penduduk Malaysia perlu mengambil bahagian dalam projek banci ini. Berdasarkan Akta Banci 1960 (disemak 1969) ianya mewajibkan semua anggota masyarakat untuk mengambil bahagian dan menjawab semua soalan mengenai Banci.

Tujuan pelaksanaan bancian adalah bagi mengumpulkan keseluruhan liputan dan profil penduduk, rumah tangga dan tempat tinggal di Malaysia dengan kepelbagaian ciri demografi dan sosio-ekonomi ke kawasan terkecil.

Baca juga : https://myinfokerja.com/rancang-percutian-anda-ini-adalah-kalendar-2021/

Tahukah anda, setiap masyarakat perlu menyertai Banci 2020 ini. Pelaksanaan banci penduduk dan perumahan penting untuk mengenal pasti ukuran, taburan, komposisi dan ciri sosio-ekonomi penduduk dan perumahan di Malaysia.

Tambahan pula, maklumat dari E-census ini akan membantu menentukan bagaimana dana kerajaan bernilai berbilion ringgit akan dibelanjakan di seluruh negara. Dengan maklumat dari banci akan digunakan untuk membuat rancangan dan keputusan mengenai layanan awam yang diperlukan untuk setiap daerah seperti rumah sakit, sekolah, jalan raya, dan transportasi umum.

Leave a Comment