Vaksin COVID-19 ketiga kepada kumpulan berisiko
Dos ketiga vaksin COVID-19 kini akan diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti barisan hadapan dan warga emas untuk meningkatkan perlindungan mereka, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
- Dos ketiga vaksin akan diberikan setelah 80% penduduk Malaysia diberi vaksin sepenuhnya. Pada 18 September 2021, 78.2% populasi di Malaysia telah divaksinasi sepenuhnya.
- Perdana Menteri (PM) Ismail, dalam satu pernyataan hari ini, 19 September, mengatakan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk mengatur proses vaksinasi dos ketiga yang akan mengutamakan kumpulan berisiko tinggi.
- Mereka yang berada dalam kumpulan ini termasuklah barisan depan pegawai kesihatan (frontliner), orang-orang yang mempunyai sistem imun lemah, orang tua yang berkomorbiditi, dan mereka yang tinggal dan bekerja di kemudahan rawatan kesihatan pada jangka masa panjang.
- Maklumat lanjut mengenai vaksin COVID-19 dos ketiga akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, tambahnya.
- Menurut Khairy, pelaksanaan vaksin COVID-19 dos ketiga diharapkan akan dimulai pada awal Oktober.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih