Dos ketiga: Penerima Sinovac akan diberi dos penggalak Pfizer mulai esok

Pfizer akan dijadikan dos ketiga mula esok

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan vaksin Comirnaty daripada Pfizer-BioNTech sebagai dos ketiga bagi individu yang sudah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac, sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita mengenai dos ketiga

  • Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata kaedah heterologi itu diperaku oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meningkatkan sistem imun badan.
  • Katanya, sebagai permulaan, pelaksanaan pemberian dos penggalak menerusi kaedah heterologous (pemberian dos penggalak bagi jenis vaksin berlainan) untuk kumpulan umur 60 tahun ke atas yang bermula esok.
  • Beliau berkata, mereka yang layak akan menerima notis dalam MySejahtera atau menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • Khairy berkata, pemberian dos penggalak itu akan diterajui pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
  • “Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar bagi individu yang tidak mempunyai MySejahtera.
  • “Kaedah temu janji pemberian dos penggalak ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Tidak lama lagi penerima vaksin boleh membuat temu janji melalui sistem yang sedang dibangunkan KKM,” katanya.
  • Ditanya sama ada individu yang bukan berada dalam kategori yang layak boleh mendapatkan dos penggalak dengan pembayaran, Khairy berkata, buat masa ini, dos penggalak hanya akan diberikan kepada mereka yang disarankan.

Sumber: BHarian

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment