(INFO) Anda perlu tahu! Dos ketiga dan dos penggalak adalah berbeza!!!

Ada beza dos ketiga dan dos penggalak – Khairy

Terdapat perbezaan dalam pemberian dos ketiga dan dos penggalak bagi vaksin COVID-19.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan November 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala dos penggalak pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.
  • “Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).
  • “Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, di mana dos kedua tidak mencukupi untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan.
  • “Dos penggalak atau booster shot pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
  • Ketika ini, kerajaan sedang membangunkan garis panduan berkenaan pelaksanaan pemberian dos ketiga dan penggalak, dan ia dijangka bermula bulan depan selepas mendapatkan pandangan serta panduan klinikal dan selepas selesai pendaftaran dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
  • “Pfizer sudah hantar dosier untuk dos penggalak dan dos ketiga kepada NPRA, ia akan diluluskan secepat mungkin,” tambahnya.
  • Sementara itu, Khairy juga memaklumkan jarak masa untuk dos kedua bagi penerima vaksin AstraZeneca akan dipercepatkan bermula 1 Oktober.
  • “Kita akan memendekkan jarak masa dos kedua dari sembilan minggu kepada enam minggu, dan ini akan memudahkan penerima vaksin AstraZeneca,” katanya.

Sumber: AwaniNews

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment