Diskaun Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia
Diskaun Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia- Menerusi bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenanakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.
Bayaran ini lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa yang berjumlah RM750 seorang.
Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ bagi memenuhi syaray kelayakan berikut:
Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas
Sihat tubuh badan dan mental
Tiada kecacatan fizikal
Tidak disenarai hitam JPJ atau Polis
Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini. Namun begitu, sebarang info baru akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di Institusi Latihan Memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melanjcarkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2.
Untuk pengetahuan anda, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Untuk pastikan anda tidak terlepas info berkenaan bantuan terkini dari Kerajaan Malaysia, sila layari myinfokerja.com
Anda Juga Mungkin Tertarik Dengan artikal ini: Pembayaran bantuan RM600 kepada penerima
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.