Dari Pramugari, Kini Pengasas Empayar Sendiri! FARAH NADHIRAH Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Dengan Le’Hair Boss

Dari Pramugari, Kini Pengasas Empayar Sendiri! FARAH NADHIRAH Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Dengan Le’Hair Boss

SEP 28 2022 NONA WAN NONA SUPERWOMAN LE’HAIRBOSS

Rambut menyempurnakan keindahan bentuk wajah setiap insan. Setiap helaian penting, melengkapi penampilan dan keperibadian seseorang. Namun buat Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Qrera Sdn. Bhd. Farah Nadhirah Ibrahim (Ferra), rambut bukan sekadar persis mahkota yang harus dilindungi sebaiknya, tetapi kini ‘nyawa’ buat dirinya. Dari obsesinya terhadap alunan dan keindahan rambut sehinggalah trik dan tip dalam penjagaannya, terhasilah produk unggul penjagaan rambut, kulit dan kuku berjenama, Le’Hair Boss.

SZ280922028

Dek minat dalam bidang perniagaan serta mahkota wanita khususnya, Ferra membuat keputusan untuk terjun dalam bidang perniagaan selepas beberapa tahun bergelar pramugari. Niatnya hanya satu, iaitu berkongsi rezeki. “Saya berniaga bukan semata-mata nak kaya, tetapi bagi saya rezeki itu perlu dikongsi.”

Siapa menyangka minatnya meniaga dan mencari duit poket sendiri dari kecil menjadi titik tolak dalam mengemudi sebuah empayar perniagaan. Ferra yang juga graduan Diploma Rambut dan Rekaan di Universiti Lim Kok Wing berkata sejak dari zaman kanak-kanak lagi dirinya sudah mula berniaga. “Dulu di usia 7 tahun saya dan kawan dah jual macam-macam barang, dari gelang, baju sehingga perkhidmatan rawatan muka dengan harga RM1,” ujar Ferra membuka bicara.

272928642 119167433980507 5748475151392251524 n

Jelas Ferra lagi, produk Le’hairboss memang dicipta khas untuk membantu orang yang mengalami masalah rambut atau ingin mengekalkan rambut yang sihat. “Pelanggan kami tidak perlu berbelanja banyak untuk mendapatkan rambut yang sihat. Mujurlah setakat ini kami telah menerima banyak maklum balas positif dan testimoni yang jujur daripada pelanggan kami.

Ferra juga mengakui dalam perniagaan apa yang penting selain pelan pemasaran yang mantap, bagi dirinya ialah kelestarian produk. “Produk pertama yang menaikkan jenama kami ialah makanan tambahan (supplement) untuk rambut, kulit dan kuku yang pertama di Malaysia, dan setahun kemudian barulah kami keluarkan tonik rambut.

Menurut penerima anugerah penghargaan NONA Best Hair Care Award ini, perniagaan yang diusahakan sejak tiga tahun lalu kini telah mendapat sambutan menggalakkan di pasaran termasuk para usahawan yang kini menjadi stokis dan pengedarnya.

“Selepas beberapa bulan melancarkan makanan tambahan pertama di Malaysia untuk rambut, kuku dan kulit, perniagaan semakin aktif, lantas kami perkenalkan rangkaian produk lain seperti syampu, tonik dan perapi. Produk ini dihasilkan daripada formulasi dan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun bertujuan dalam menghasilkan produk berkualiti dan memberikan manfaat kepada pelanggan,” katanya.

Kenapa saya keluarkan tonik sebab ia dapat melengkapkan penggunaan vitamin. Vitamin untuk dalaman dan tonik untuk luaran. Kemudian baru kami keluarkan syampu dan perapi (conditioner) untuk penjagaan. Le’hairboss tak akan keluarkan produk baru dengan cepat kerana kami menjalankan R&D yang benar-benar sistematik demi menghasilkan produk yang berkesan untuk semua pengguna.”

275400581 1936229513231680 5558493483091940256 n

Siapa wanita inspirasi Ferra dalam bidang perniagaan, “Inspirasi saya adalah Kylie Jenner. Saya cukup memandang tinggi keazaman Kylie yang mahu diingati menerusi produknya. Seperti jenama ciptaannya, iaitu Kylie Cosmetics dan Kylie Skin, beliau mahu mencipta sesuatu untuk orang mengingatinya sampai bila-bila. Samalah seperti saya, saya mengimpikan jenama Le’Hair ini untuk digunakan walaupun bila saya sudah tiada nanti. Saya mahukan legasi produk saya untuk terus hidup dan boleh menjadi legenda suatu hari nanti.”

Sumber : nona

Leave a Comment