Orang lain buang selimut buruk, tuala koyak… lelaki ini kutip buat pasu bunga! Dapat idea ketika ‘kering’ job
Menurut anak kedua daripada lapan beradik itu, proses pembuatannya mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlu dikeringkan.
dicelup dengan simen itu akan menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu dibuang, lebih baik lakukan sesuatu denganya,” ujarnya yang turut terlibat membuat kerja-kerja pembinaan rumah secara sambilan.
Kalau ada permintaan, saya pertimbangkan untuk menjualnya sebagai pendapatan sampingan.
“Selepas kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga tu lebih tebal dan kukuh. Pagi buat, petang dah boleh kering selepas jemur. Bila dah kering, baru boleh cat.
Pok Lie berkata, setakat ini kira-kira 20 pasu bunga pelbagai saiz dan bentuk telah dihasilkannya, sambil menambah pada mulanya kesemuanya dibuat untuk kegunaan di rumah.
“Cuma cabarannya kalau cuaca hujan sebab pasu-pasu bunga yang disalut simen tu perlu dikeringkan terlebih dahulu,” katanya sambil menambah kebanyakan bahan terbuang diperoleh daripada keluarga dan rakan-rakan.
Pasu bunga buatan tangan ini menambah seri rumah.
“Tapi bila dah susun dan jemur di luar rumah, memang mudah dilihat orang-orang kampung. Ada orang kampung nampak terus berminat nak beli.
“Sebenarnya apa yang saya lakukan ini lebih kepada kepuasan. Saya tengok macam mana orang buat di laman YouTube, dan saya buat mengikut kreativiti sendiri.
sumber ;mstar