Daftar i-Akaun KWSP & Cara Kemas Kini Nombor Telefon

Daftar i-Akaun KWSP- Mungkin masih ramai lagi yang tak tahu, sebenarnya dah wujud kiosk-kiosk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di beberapa lokasi strategik, yang menyediakan berbagai jenis perkhidmatan. Kalau korang jenis malas nak bersesak dan beratur lama di pejabat KWSP, bolehlah selesaikan urusan di kiosk-kiosk ni je. Terdapat lebih daripada 700 kiosk KWSP yang diletakkan di bank-bank tempatan, stesen-stesen, dan pusat masyarakat dengan tujuan untuk memudahkan lagi urusan semua orang.

Antara perkhidmatan yang disediakan di kiosk KWSP adalah:

  • Aktivasi TAC
  • Pendaftaran Ahli
  • Pendaftaran i-Akaun
  • Cetak Penyata
  • Semak/Kemaskini Profil’

Daftar i-Akaun KWSP & Cara Kemas Kini Nombor Telefon

Sebelum tahu macam mana cara nak daftar i-akaun KWSP guna Kiosk KWSP,

semak dulu lokasi kiosk KWSP yang berada berdekatan dengan kawasan korang. Ikut je langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web KWSP.
  • Di bahagian “Hubungi Kami”, korang klik pada “Pejabat dan Kios”.
  • Pilih negeri mana yang korang sedang duduki, pilih “Pihak Ketiga Kios” di bahagian JENIS dan klik Carian.
  • Senarai kiosk KWSP yang berada di negeri yang korang cari akan terpapar. Bolehlah cari lokasi yang berdekatan.

Cara Kemaskini No Telefon KWSP

Berdasarkan pihak KWSP, ahli perlu hadir ke kios KWSP yang berhampiran sama ada di cawangan KWSP atau di pihak ketiga seperti Bank dan sebagainya.

Pastikan membawa MyKad kerana ahli perlu mengimbas cap jari bagi mengesahkan identiti.

Nota: No. telefon akan dikemaskini di sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh kemaskini di kios. Ahli boleh mebuat permohonan i-Citra selepas tempoh tersebut.

Daftar i-Akaun KWSP

Daftar i-Akaun KWSP

Mendaftar i-Akaun KWSP

Langkah 1 daftar i-Akaun KWSP

  • Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, scan cap jari.
  • Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefon korang oleh KWSP.

Langkah 2

  • Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan scan cap jari sekali lagi.
  • Pilih “Semak Penyata” dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2, dan baki keseluruhan.

Daftar i-Akaun KWSP

Jadi, senang je kan nak buat i-Akaun KWSP sekarang? Tak perlu dah nak beratur lama. Satu benda yang korang kena ingat, nombor ahli adalah unik untuk setiap individu. Jadi nombor ahli tu perlu disimpan sebab nanti setiap kali bila mendapat kerja baru, nombor ahli tu perlu diberi pada majikan supaya majikan boleh mengkreditkan bayaran caruman KWSP ke dalam akaun korang.

Daftar i-Akaun KWSP

Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Daftar i-Akaun KWSP & Cara Kemas Kini Nombor Telefon  ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment