Daftar Akaun KWSP Anak Yang Berumur 14 Tahun Dan Ke Atas

Daftar Akaun KWSP Anak Yang Berumur 14 Tahun Dan Ke Atas

Daftar Akaun KWSP untuk anak yang berumur 14 tahun ke Atas dan terima bantuan insentif kerajaan RM250 setahun.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Ramai yang telah mengeluarkan dana Akaun KWSP persaraan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini. Ini rentetan daripada kebenaran kerajaan untuk pengeluaran wang dilakukan bagi membantu memulihkan semula ekonomi pencarum dan membantu rakyat berdiri semula selepas teruk menerima tempias Pandemik COVID-19.

Perkara ini sangat baik sebagai simpanan Akaun KWSP jangka panjang dan anak anda layak menerima dividen pada setiap tahun.

Menariknya, pihak kerajaan ada menyediakan insentif tambahan sebanyak 15%, maksimum RM250 setahun di bawah Skim i-Saraan. Sekiranya anda membuat caruman sebanyak RM3000, kerajaan akan memberikan insentif maksimum RM250 sebagai galakan di bawah skim ini.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah di Kiosk KWSP. Daftarkan anak anda di Kiosk KWSP dan bawa bersama kad pengenalan serta cap jari anak turut diperlukan. Selesai sahaja pendaftaran di Kiosk KWSP, maklumkan kepada pegawai KWSP terdekat untuk membantu anak anda membuka i-Akaun.

Setelah i-Akaun anda selesai didaftarkan, akaun simpanan shariah telah ditukar, anda perlu mendaftarkan diri dalam caruman i-Saraan. Anda boleh membaca lebih lanjut berkenaan dengan caruman i-Saraan di SINI.

Selesai sahaja pendaftaran, anda akan diberikan panduan selanjutnya untuk membuat bayaran caruman secara atas talian.

Ubah simpanan anda kepada simpanan shariah. Kebiasaannya, pegawai KWSP akan membantu anda dalam menyelesaikan proses ini.

Untuk mudah faham, i-Saraan adalah merupakan caruman secara sukarela. Jangan risau, proses pendaftaran i-Saraan ini juga akan dibantu oleh pegawai KWSP yang bertugas.

Anda layak untuk menerima dividen caruman pada setiap tahun dan Inisiatif yang baik daripada kerajaan iaitu pemberian insentif sebanyak 15% (jumlah
maksimum insentif sebanyak RM250 setahun), anda dapat menggandakan wang caruman sedia ada.

KWSP adalah merupakan satu simpanan jangka masa panjang untuk kegunaan sebagai wang persaraan kelak. layak untuk menerima dividen caruman pada setiap tahun.

i-Saraan juga merupakan skim caruman sukarela yang boleh dicaruman pada bila-bila masa. Selain tu, Pemohon layak untuk menerima manfaat kematian sebanyak RM2500. (Akaun KWSP)

Sumber: Majalah labur

Akaun kwsp

Leave a Comment