Banjir cecah paras leher, peniaga pisang goreng sanggup cari dan cuci semula bekalan dihanyut arus deras

Banjir cecah paras leher, peniaga pisang goreng sanggup cari dan cuci semula bekalan dihanyut arus deras

DEMI kelangsungan hidup, rakyat yang terjejas teruk akibat banjir sanggup melakukan apa saja.

1420302

Tandan pisang yang dibersihkan kemudian diletakkan di dalam perahu, dengan harapan sumber rezeki itu dapat membantu menyara kehidupannya sekeluarga.

Dalam situasi banjir mencecah paras dada, seorang bapa bersungguh-sungguh membersihkan beberapa tandan pisang yang dihanyutkan arus deras.

Namun, gadis berusia 21 tahun itu tidak menyangka rumahnya ditimpa banjir sehari selepas bapanya yang juga peniaga pisang goreng membeli bekalan beberapa tandan pisang.

Berkongsi pengalaman, anaknya, Siti Ismadiana Hajarudin berkata, banjir melanda kampungnya di Bera, Pahang pada minggu lalu dengan air naik mendadak sehingga paras leher.

“Beli awal sebab nak peram dan buat persiapan awal untuk berniaga. Tapi tak sangka pula banjir sampai paras leher,” katanya kepada mStar.

“Ayah dan mak berniaga pisang goreng di gerai di bandar Bera sejak dua tahun lalu. Sehari sebelum banjir, ayah beli banyak pisang antara lima hingga enam tandan.

Air boleh mencecah paras leher.

“Syukur hanyut dalam jarak lima rumah je. Masa tu air dah surut ke paras dada, ayah guna perahu bersama saya ke hujung jalan untuk ambil bekas tu yang sudah dimasuki air.

Berikutan banjir itu, dia yang lebih mesra disapa Diana berkata, bekas yang digunakan bapanya untuk menyimpan bekalan pisang yang diletakkan di luar rumah telah hanyut dibawa arus deras.

1420300

“Ini kerana ayah masih tak boleh berniaga kerana banyak peralatan berniaga terjejas, malah ada yang perlu diganti. Rumah pun berlumpur akibat banjir,” ujarnya yang berasal dari Bera.

“Ayah pergi ambil dan bersihkan kesemua tandan pisang sebelum diberi kepada makcik (ibu saudara) yang juga berniaga gerai. Tempat tinggal makcik tak dilanda banjir.

Gerai pisang goreng di Bera.

“Sebahagian daripada makanan dan minuman disediakan dari rumah. Dengan keadaan banjir di rumah, akan mengambil masa untuk ayah kembali berniaga.

Menurutnya lagi, dia turut membantu ibu bapanya berniaga seperti pisang goreng, keropok, keropok lekor, karipap dan kerabu maggi serta minuman.

SITI ISMADIANA HAJARUDIN

“Tapi kami perlu segera berniaga kerana itu punca rezeki keluarga kami,” katanya sambil menambah bapanya yang berusia 50 tahun itu sebelum ini merupakan pemandu lori.

Keutamaan sekarang adalah sumber rezeki keluarga kami, bergantung pada jualan pisang goreng dan makanan lain di gerai

Diana berkata, situasi banjir di kawasan perumahannya berdekatan Sungai Teriang mulai surut selepas banjir memasuki hari keempat.

1420301

Diana (tengah) bersama bapa (kanan) dan ibu (kiri) dan ahli keluarga lain.

“Tapi banjir kali ini lebih buruk sehingga banyak perabot di rumah seperti almari dan kabinet TV tak boleh digunakan lagi.

“Banyak kali juga kawasan rumah kami dilanda banjir kerana kedudukan belakang rumah yang dekat Sungai Teriang. Malahan, tahun ini saja dah dua kali berlaku banjir, awal dan akhir tahun.

Terdahulu, Diana memuat naik tiga video yang menunjukkan bapanya mengharungi banjir bagi mendapatkan bekalan pisang, di aplikasi TikTok.

“Tapi keutamaan kami sekarang adalah sumber rezeki keluarga kami, bergantung pada jualan pisang goreng dan makanan lain di gerai,” katanya.

Sumber : mstar

Leave a Comment