Claim Kredit Shopee RM400 Oktober 2022
Claim Kredit Shopee RM400 Oktober 2022. Untuk makluman, program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Ia mengalakkan lebih ramai penggua mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.
Kerajaan kini telah pun melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0, sekaligus menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.
Berikut adalah merupakan maklumat lanjut tentang bagaimana cara menebus baucar diskaun RM400.
Baca Sini: Bantuan RM 600 Kini Dibuka Untuk Permohonan
APA ITU PROGRAM SAVE 3.0
Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:
Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
KATEGORI DI BAWAH PROGRAM SAVE 3.0
ntuk makluman anda, Program Save 3.0 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:
Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan
Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk
KADAR BAUCAR / REBAT SAVE 3.0
Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.
CARA PENEBUSAN
Untuk membuat penebusan baucar SAVE 3.0 di Shopee, sila rujuk gambar rajah di bawah:Untuk maklumat lanjut, layari:
Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
PG Mall : https://www.pgmall.my/
Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut:
www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.