Cara Tebus & Semak Permohonan MySalam Rm700 Terkini

Semak Permohonan MySalam Rm700 Terkini

Cara Tebus & Semak Permohonan MySalam Rm700 Terkini Bagi Mereka Yang Berkelayakan Dan Yang sudah membuat permohonan.

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Tujuan utama inisiatif program ini, adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah atau B40 mengatasi masalah melibatkan kewangan sebagai persediaan menghadapi masalah.

Salah satu program yang ada ialah melalui Skim MySalam. Ini adalah program inisiatif berbentuk takaful perlindungan kesihatan yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan.

Skim ni diwujudkan untuk memberi manfaat kepada individu yang berkelayakan khususnya golongan B40 dan bantuan ini disediakan tanpa memerlukan permohonan (Automatik).

Syarat Kelayakan Mysalam

Terbuka kepada individu yang berumur 18 sehingga 65 tahun dan mempunyai pasangan

Terbuka kepada individu yang berumur 40 sehingga 65 tahunyang mempunyai pendapatan tahunan RM 24,000 dan kebawah

Terbuka kepada individu golongan OKU yang berumur 18 sehingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan tahunan RM 24,000 dan kebawah.

Kadar Insentif Mysalam

kepada penerima skim Mysalam bakal mendapatkan insentif sebanyak RM 8,000 yang akan dilaksanakan pada masa yang akan diumumkan kelak.

Kepada yang layak akan menerima bayaran bantuan skim Mysalam secara harian dalam tempoh 14 hari pada kadar sebanyak RM 50 sehari bersamaan RM 700 setahun.

Cara Tebus

Bagi mereka yang berminat menebus bantuan MySalam Rm700 untuk mendapatkan jaminan perlindungan kesihatan dari kerajaan, anda boleh membuat permohonan terlebih dahulu.

Di bawah telah disediakan panduan cara tebus MySalam Rm700 untuk membuat semakan dan tebus insentif bantuan Mysalam seperti berikut.

Anda boleh membuat semakan sebelum menebus insentif Mysalam ini.

Mengikut statistik ramai yang membuat tebus bantuan ini secara online kerana ia lebih mudah dan proses sangat cepat.

  • Sila layari Portal Rasmi Mysalam
  • Kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda – Tanpa tanda (-)
  • Klik pada butang “Semak”
  • Rujuk pada bahagian bawah, akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak atau tidak menerima insentif
  • Sekiranya anda layak, terdapat 2 kaedah untuk tebus, iaitu:

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai permasalahan semasa menebus atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan Mysalam ini anda boleh terus menghubungi:

1 300 88 8938 atau secara e-mel di alamat info@mysalam.com.my.

MySalam Rm700

Disclaimers – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.

Baca di sini : PERMOHONAN PENGELUARAN SKIM AKAUN 2 KWSP

Leave a Comment