(INFO) Cara Semakan Wang Tak Dituntut Online (e-GUMIS)

Cara Semak Wang Tak Dituntut Online Di Jabatan Akauntan Negara (eGUMIS)

Dalam artikel ini kami kongsikan sebuah posting oleh Nurazlina Aini Mahamad Shaharin tentang pengalaman dapat WTD ini secara online. Menurut beliau, ada sejumlah RM3,322.44 Wang Tak Dituntut yang ada dalam data setelah membuat semakan!

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Cara Semak Wang Tak Dituntut Online

Memandangkan ada yang tanya nak check kat mana, di sini saya kongsikan cara buat semakan Wang Tidak Dituntut online melalui Portal eGUMIS (Jabatan Akauntan Negara Malaysia):

  1. Layari https://egumis.anm.gov.my/
  2. Untuk yang pertama kali, register dulu (sign-in).
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Check email untuk verify link yang diberi.
  5. Log in semula.
  6. Kemudian, masukkan semua maklumat yang diperlukan.
  7. Masukkan nombor IC kita. Boleh bantu check untuk ibu ayah kat kampung jugak. Maksimum boleh check dua nombor IC sahaja.
  8. Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.
1608953965605508 2

Mula-mula daftar dulu jika belum daftar.

1608953960447450 3

Buat carian menggunakan nombor IC.

1608953955745460 4

Jika ada, senarai akan dipaparkan di ruang HASIL CARIAN.

Kalau ada jumlah wang yang tak dituntut, boleh klik TERUSKAN DENGAN PERMOHONAN (kotak biru di bawah kanan).

1608953951543087 5

Isikan maklumat lengkap ada borang Permohonan Wang Tidak Dituntut.

Nanti save as PDF dan jadikan lampiran dalam e-mel.

Sila e-melkan permohonan kepada [email protected]

1608953946761049 6

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment