Bagi yang membeli barang secara online menggunakan pos laju, tracking poslaju adalah antara perkara yang sangat penting.
Setiap kali selesai membuat pembayaran, kita sebagai pelanggan pasti akan minta nombor tracking. Ini kerana, dengan adanya nombor tracking ia memudahkan kita untuk mengetahui status parcel kita dan juga sebagai rujukan kepada pihak poslaju sekiranya parcel kita menghadapi masalah.
Bagi yang membeli barang online dalam plartform membeli-belah ia mungkin bukan satu masalah buat kita kerana, selepas sahaja kita membuat pembayaran seller akan terus poskan barang kita dan selepas itu mereka akan terus upadate nombor tracking. Tetapi bagi yang membeli di luar plartform anda perlu minta nombor tracking.
Macam Mana Nak Semak Nombor Tracking Poslaju Kita??
Apabila ada nombor tracking, sudah tentulah mudah untuk mengetahui status parcel kita dan di mana dia berada. Ia sekali gus dapat mengelakkan kita dari merasa risau sekiranya parcel kita tidak sampai kepada kita. Sama juga dengan syarikat courier yang lain mereka juga akan memberikan nombor tracking yang mnggunakan perkhidmatan mereka. Nombor tracking ini penting supaya ia menunjukan pihak penjual telah pun poskan parcel kita.
Untuk menyemak nombor tracking ada beberapa website yang anda boleh gunakan untuk dan salah satunya ialah laman web Poslaju Malaysia. Ada beberapa cara mudah untuk anda semak nombor tracking poslaju anda. Antaranya ialah:
1- Layari Website Poslaju
Untuk menyemak nombor tracking poslaju, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah dengan melayari website Pos Malaysia kemudian anda akan di bawa ke bahagian utama website Pos Malaysia. Dekat sini ada beberapa pilihan yang boleh anda pilih antaranya track & trace, E-consingment note, outlet finder, postage calculator. Untuk semak nombor tracking poslaju, anda perlu klik bahagian “track & Trace”.
2- Masukkan Nombor Tracking
Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian tracking & trace dan anda perlu mengisi nombor tracking poslaju yang telah di berikan oleh seller anda. Pastikan anda isikan nombor tracking tersebut dengan betul-betul teliti dan jangan tergopoh-gopoh.
Ini kerana, jika anda isi nombor tracking poslaju dalam keadaan kelam-kabut ia mungkin akan menyebabkan kesukaran untuk anda menyemak status parcel anda. Jadi, untuk elakan kesukaran untuk anda menyemak status parcel, isi dengan berhati-hati.
3- Semak Segala Detail Parcel
Selepas selesai melakukan cara di atas, anda akan di bawa pula ke bahagian maklumat parcel anda. Di bahagian ini anda boleh semak segala maklumat mengenai parcel anda, bermula dari tarikh dan waktu seller poskan parcel anda sehinggalah status terkini parcel anda.
Dengan ada detail yang lengkap sebegini ia secara tidak langsung membantu anda terutama sekali jika parcel anda lambat sampai atau tersalah bagi alamat. Jadi, dengan detail yang di berikan mudahlah untuk anda buat aduan jika parcel anda menghadapi masalah.
Nombor Tracking Poslaju Sememangnya Sangat Memudahkan Kita
Kesimpulanya, dengan adanya nombor tracking poslaju ia sudah tentulah sangat menjimatkan masa dan memudahkan urusan seharian kita. Ini kerana, kita tidak perlu pergi ke kaunter poslaju pada setiap masa semata-mata kerana mahu menyemak status parcel kita.
Kalau kaunter poslaju dekat dengan rumah kita ia mungkin bukan satu masalah tetapi jika jauh, ia bukan sahaja membazirkan masa tetapi juga sangat memenatkan kita. Jadi, sekarang ini dengan adanya nombor tracking ini anda boleh semak status parcel secara online.