Cara Semak KWSP Melalui IC Anda
Cara Semak KWSP Melalui IC Anda- Ramai yang ingin tahu cara untuk semak penyata KWSP melalui IC secara online tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat atau kiosk KWSP.
Jika anda ingin semak penyata KWSP anda menggunakan IC, anda perlulah daftar terlebih dahulu dalam sistem i-Akaun KWSP.
Dapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara anda serta aktifkan akaun tersebut dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000
Atau anda juga boleh buat perkara tersebut di kaunter/ kiosk KWSP berdekatan anda.
Selepas daftar, anda kini boleh akses akaun KWSP anda dengan hanya masukkan nombor ID sahaja.
Join Telegram kami: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Semak KWSP Melalui Telefon
Untuk semak nombor ahli KWSP anda, sila hubungi KWSP di talian
03 – 8922 6000
Waktu beroperasi adalah Isnin hingga Jumaat, dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Kemudahan I-Akaun
Terdapat pelbagai manfaat lain yang disediakan dalam sistem i-Akaun ini, antaranya :
-Boleh buat permohonan pengeluaran
-Semakan status permohonan pengeluaran
-Boleh semak informasi berkaitan dengan nomination
dan banyak lagi
Semoga bermanfaat.
Mohon Juga Bantuan Ini:
KWSP 2.0 Bersasar benarkan dikeluarkan oleh pencarum