Cara Semak Akaun KWSP : Akaun 1 dan Akaun 2
Cara Semak Akaun KWSP : Akaun 1 dan Akaun 2 -Untuk membuat semakan baki KWSP online pula lihat panduan di bawah ini.
Pertama sekali apa yang korang perlu buat adalah, Login ke i-Akaun KWSP : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login serta Pergi ke menu Account.
Selepas itu, Klik pada ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’ dan Klik View Details.
Segala maklumat akaun akan dipaparkan seperti di bawah. Lihat Gambarnya di bawah;
Boleh juga print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain. Senang kan? Tak payah beratur panjang lagi.
Cara Semak Akaun KWSP – Dividen
Jika selesai sahaja membuat semakan baki akaun kwsp, anda juga boleh semak dividen kwsp secara online seperti yang kami sediakan panduan di bawah ini.
Cara beza sedikit seperti di atas. okk” Pertama sekali Log masuk ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login, pergi ke menu serta Dividend dan klik View Details.
Dan maklumat pembayaran dividen anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah ini.\
Permohonan & Cara Semak Akaun KWSP
Untuk permohonan pula kita juga boleh memohon pengeluaran atas sebab yang dibenarkan dan mengemaskini maklumat dengan mudah.
Bila dah daftar i-Akaun, kita bukan setakat boleh semak penyata akaun KWSP saja.
Tetapi KWSP juga membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan.
Selain itu, ia juga boleh juga dikeluarkan bagi tujuan pendidikan seperti untuk melangsaikan hutang PTPTN.
Jika kita lihat pada laman web KWSP, antara kemudahan i-Akaun KWSP yang disediakan adalah :
Memohon e-Pengeluaran
Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
Menyemak maklumat penamaan
Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
Menyemak log aktiviti i-Akaun
Jadi, memang mudahlah kalau kita ada i-Akaun dengan KWSP.
Tak payah fikir nak bersesak cari parking, cari pejabat atau kios KWSP, dan tak payah nak beratur panjang di kaunter kan?.. Semuanya kita boleh buat sendiri di rumah secara online je kan?
Semuanya kita boleh buat sendiri di rumah secara online je kan?
Maklumat Lanjut Tentang Cara Semak Akaun KWSP
Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan di bawah ye.
http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.
Perlu anda ketahui Semua artikel Myinfokerja share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan Cara Semak Akaun KWSP sahaja. Pihak admin tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.
BACA JUGA : Cara Tuntut Pengeluaran Khas KWSP 2.0