Cara Permohonan dan Semakan Wang Tidak Dituntut Anda Secara Online

Cara Permohonan Pengeluaran Wang Tidak Dituntut (WTD)

Apa itu wang tidak dituntut?

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.

  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

  • akaun pemiutang dagangan
  • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Screenshot 252
10bt20r1 1542873477

Cara Memohon WTD

Bagi mereka yang ingin memohon dan menyemak wang tidak dituntut, bolehlah melakukannya secara ONLINE sahaja!

  • Layari pautan Portal eGUMIS.
  • Buat pendaftaran pengguna baharu.
  • Log masuk ke Portal eGGUMIS menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan. Jika anda pertama kali mendaftar masuk, anda akan diberikan kata laluan sementara dan kemudian anda akan diminta untuk menukar kata laluan baharu.
  • Seterusnya, anda juga akan diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti alamat terkini untuk urusan tuntutan dan surat menyurat.
  • Setelah selesai kesemua prosedur di atas, anda boleh membuat semakan WTD dengan klik pada pautan yang tertulis ‘KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TIDAK DITUNTUT.’
  • Perlu diingatkan bahawa, terdapat had dalam pencarian maklumat WTD. Setiap hari anda cuma boleh membuat sebanyak dua (2) carian maklumat WTD berdasarkan nombor kad pengenalan.

Anda juga boleh menyemak carian wang tidak dituntut bagi pihak orang lain seperti keluarga dan kawan-kawan, tetapi hanya 2 carian sehari sahaja bagi setiap No. IC.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk garis panduan tuntutan WTD.

Manual sistem eGUMIS boleh dimuat turun di sini.

Screenshot 253

Screenshot 254

–>Sila klik di sini untuk membaca laman web Belanjawan 2021 tentang permohonan Jaringan Prihatin.

–>Sila klik sini untuk membaca artikel Tips Penting Sebelum Menjawab Soalan SPA Online!

Leave a Comment