Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri

Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri

Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri – Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri mahupun Persekutuan.

Antaranya melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 ahli bagi tujuan membina rumah atau membeli rumah. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai pengeluaran ini:

Cara Pengeluaran Wang KWSP

Panduan lengkap buat pengeluaran KWSP secara online pada bila-bila masa & di mana saja

Malah, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan kepada rakyat negara ini. Antaranya termasuklah melalui kemudahan e-Pengeluaran KWSP yang membolehkan permohonan pengeluaran simpanan secara dalam talian (online).

Pihak KWSP sebenarnya membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Semak sini: Pengeluaran KWSP Bersasar sebelum Hari Raya Aidiladha

Semak juga: Bantuan RM 250 Hingga RM 500 Sebulan Kepada Isi Rumah Akan dibayar Sebelum Hari Raya Aidiladha

KWSP juga membenaarkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan bagi membantu ahlinya membayar ansuran bulanan rumah sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Cara Pengeluaran Wang KWSP Membina Rumah

Bagi yang ingin membina rumah di tanah sendiri, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2. Antara syarat utamanya adalah ahli hendaklah memiliki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Cara Pengeluaran Wang KWSP Membeli Rumah

Untuk yang ingin membeli rumah pula, mereka turut boleh membuat pengeluaran dari simpanan KWSP mereka. Apa yang pasti, kategori rumah kediaman yang hendak dibeli itu perlulah merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai.

Cara Pengeluaran Wang KWSP Menunaikan Haji

Kepada para pencarum beragama Islam, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan perbelanjaan bagi menunaikan ibadah haji.

Cara Pengeluaran Wang KWSP

Bagi setiap ahli KWSP yang memiliki simpanan di Akaun 1 dan Akaun 2 serta hendak membuat pengeluaran atas sebab-sebab di atas. Ia boleh dibuat melalui secara dalam talian (online) di Sistem E-Pengeluaran KWSP di Portal Rasmi i-Akaun (Ahli).

Bagi mereka yang telah mendaftar di i-Akaun (Ahli) KWSP, tatacara memohon pengeluaran boleh dibuat seperti di bawah:

1. Daftar/log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP;
2. Buat pengesahan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia);
3. Klik pada menu e-Pengeluaran;
4. Mengisi butiran permohonan dan menghantar pengesahan identiti dengan memasukkan TAC yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP;
5. Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran;
6. Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/ Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP;
7. Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun (Ahli).
Untuk panduan penggunaan e-Pengeluaran yang lebih teliti dan lengkap, sila rujuk DI SINI (PDF).

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan senarai pengeluaran KWSP ini sila rujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

BACA JUGA: Info Bantuan BKM Fasa3 Terkini 2022

Mohon Juga: Semakan Rumah Mampu Milik 

1. Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara;

2. Umur bawah 55 :

3. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2;

4. Ahli/rakan kongsi membeli tanah dan membina rumah di atas tanah tersebut;

5. Pinjaman yang diluluskan daripada pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri;

6. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan hak milik;

7. Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima.

Syarat Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri 

1. Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara;

2. Umur bawah 55 tahun:

3. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2;

4. Membeli rumah kediaman :

5. Pinjaman yang diluluskan daripada pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri;

6. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi menjualnya/membuang hak milik.

Cara Memohon Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan pengeluaran ini boleh dibuat secara online melalui e-pengeluaran di portal i-Akaun KWSP.

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual melalui kaunter cawangan KWSP di seluruh negara dengan membawa dokumen sokongan yang ditetapkan.

Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri

Maklumat lengkap mengenai pengeluaran ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP

Cara Pengeluaran Wang KWSP

 

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri

 

Leave a Comment