Bantuan pekerja dan majikan – Program KerjayaGig
Apa itu Program KerjayaGig?
Program KerjayaGig menyediakan insentif sebanyak RM600 sebulan sehingga tempoh maksimum 6 bulan kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO.
Insentif ini disediakan khusus kepada pekerja-pekerja daripada sektor ekonomi yang terjejas ekoran penularan wabak COVID-19 termasuk pekerja yang diberi cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji ataupun yang kehilangan pekerjaan.
Insentif yang disediakan ini adalah bagi pengambilan pekerja yang bermula pada 18 Mac 2021.
Di bawah program ini, platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek kepada pencari kerja juga akan menerima insentif sebanyak RM200 secara “one-off” bagi setiap pengambilan.
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021
Siapa yang layak memohon bantuan pekerja ini?
- Berumur 18-60 tahun.
- Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji.
- Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO.
- Pencari kerja dari golongan rentan. Antaranya, golongan hilang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, gelandangan dan sebagainya
Apakah bantuan yang tersedia di bawah Insentif Pengambilan Pekerja Program KerjayaGig?
- Insentif sebanyak RM 600 bagi setiap individu selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan.
- Insentif berjumlah RM 200 kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO.
Cara mudah memohon bantuan pekerja bagi individu dan majikan
Untuk memohon Program KerjayaGig bagi majikan atau operator perkhidmatan, permohonan boleh dilakukan seperti langkah-langkah berikut:
- Operator mengiklankan jawatan kosong di htpps://myfuturejobs.gov.my (Pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
- Operator mengambil OBS untuk bekerja.
- Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/.
- Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui email kepada pekerja.
- Operator atau majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari.
Bagi Orang Bekerja Sendiri OBS pula, permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:
- OBS akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan.
- OBS akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan.
- Untuk menerima bayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya (mulai bulan kedua).
- OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut tentang bantuan pekerja KerjayaGig ini, bolehlah membaca Soalan Lazim di sini. Kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my.
Individu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau emel kepada [email protected]
–> Sila baca TERKINI: SOP PKP 3.0 Terkini Diperketatkan – berkuatkuasa 25 Mei 2021