Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bantuan Bakul Makanan
Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bantuan Bakul Makanan – STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.
Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.
Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup
Melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat antaranya jumlah bantuan diberikan maksimum sehingga RM3,100 berbanding sebelum ini berjumlah RM2,500.
Penambahbaikan ini melibatkan perincian isi rumah, lima anak atau tiga anak serta bantuan bakul makanan RM600 berbanding peruntukan awal
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan Bakul Makanan
Berapakah Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah?
Kadar bantuan adalah RM600 dan bantuan akan disalurkan dalam bentuk makanan dan secara baucar barangan makanan asas.
Ia akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak untuk membuat pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme penyaluran terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
Bilakah Tarikh Pembayaran Bantuan Bakul Makanan?
Bantuan akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
TERKINI: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600 Akan Disalurkan Bermula Isnin Ini (17/7/2023)
PUTRAJAYA: Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 bermula Isnin ini (17/7/2023), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumbangan itu membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.
SUMBER: Berita Harian
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai STR Tambahan boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747
Jawatan Kosong di Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Tahun 2023
Bantuan RM100 Dikreditkan Dalam Mykad Setiap Bulan
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.