Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA RM180 Sebulan

Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA RM180 Sebulan

Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA RM180 Sebulan. Anda punyai anak yang sedang diasuh di TASKA? Ini berita baik untuk anda kerana, Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA maksimum RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak.

NAMA PROGRAM: Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA.

Subsidi ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah, menyediakan peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal yang lebih baik di TASKA & seterusnya secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang.

KADAR SUBSIDI YURAN PENGASUHAN

– Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.

– Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih rendah daripada kadar subsidi, maka subsidi ini diberi mengikut kadar yuran sebenar.

– Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 500.00 sebulan bagi kawasan luar bandar(Sila rujuk perincian pengiraan untuk pendapatan perkapita seperti di Lampiran A.);

Ibu/bapa/penjaga adalah warganegara Malaysia, Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 800.00 sebulan bagi kawasan bandar.

Pengusaha TASKA yang memohon Subsidi Yuran Pengasuhan hendaklah mengemaskini maklumat kanak-kanak di dalam Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (National Child Data Centre) bagi tujuan semakan dan pemantuan pihak JKM.

Pengusaha adalah warganegara Malaysia, TASKA berdaftar dengan JKM. Mempunyai bank akaun yang aktif atas nama TASKA.

Kanak – kanak Berumur di bawah 4 tahun, Kanak-kanak genap empat (4) tahun, subsidi yuran pangasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar; dan Mendapat asuhan & juga didikan awal secara bulanan di TASKA yang berdaftar dengan JKM, kecuali TASKA Komuniti.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA seperti berikut:-

IBU BAPA/ PENJAGA. Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) yang lengkap berserta dokumen dibawah:

– Salinan MyKid/ sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat/ pelihara;

– Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga;

– Salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU;

– Salinan resit yuran bulanan TASKA;

– Salinan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekiranya tiada penyata pendapatan, kemukakan surat pengesahan pendapatan dari majikan atau pengesahan pendapatan oleh Ketua

– Salinan sijil kematian/ sijil cerai bagi ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan);

– Salinan sijil lahir/ kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.

– Kampung/ Penghulu/ JKKK/ kakitangan awam kumpulan Pengurusan dan Profesional. Nota: Borang YP1 bersama dokumen di atas hendaklah dihantar kepada pengusaha TASKA.

PENGUSAHA TASKA

Borang YP1 yang diisi lengkap dan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) berserta dengan dokumen seperti dibawah:

– Salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA;

– Salinan kad pengenalan pengusaha; Salinan penyata akaun bank atas nama TASKA yang disahkan;

– Semua salinan dokumen yang dikemukakan oleh ibu bapa/ penjaga kanak-kanak.

– Surat akuan/ pengesahan pengusaha sekiranya TASKA menggunakan akaun pertubuhan atau perkongsian; dan

Nota: Semua dokumen di atas hendaklah dihantar kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian berkenaan

CARA PERMOHONAN

1) Permohonan terus daripada pengusaha TASKA/ibu bapa/penjaga kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri tanpa melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan berhampiran adalah tidak akan dipertimbangkan.

2) Isi Borang YP1 dikemukakan kepada pengusaha TASKA yang berdaftar dengan JKM berserta dengan dokumen sokongan.

MAKLUMAN: KELULUSAN

– Selepas permohonan diluluskan, pengusaha TASKA/ ibu bapa/ penjaga akan dimaklumkan keputusan dan pembayaran wang subsidi akan disalurkan ke dalam akaun TASKA.

– Pengusaha TASKA hendaklah menandatangani Borang YP5 (Borang Akuan Penerimaan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak).

– Borang YP6 (Kad Rekod Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak) hendaklah ditandatangani oleh ibu bapa/ penjaga sebagai akuan penerimaan subsidi yuran pengasuhan TASKA.

– Pengusaha juga bertanggungjawab memaklum dan mengesahkan pemberian subsidi yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga kanak-kanak, dan membuat bayaran balik yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga (jika ada).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:- No. Tel: 03 – 8000 8000

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan dari pengusaha TASKA adalah selama 2 bulan, bermula 1 Januari setiap tahun.

Subsidi Yuran Pengasuhan

Subsidi Yuran Pengasuhan 4

Bantuan Orang Tua RM 500 – Mohon Sini

Bantuan kewangan dipercepatkan bernilai RM800

Leave a Comment