Cara Mohon Pengeluaran KWSP dan Semakan i-Akaun KWSP
Cara Mohon Pengeluaran KWSP dan Semakan i-Akaun KWSP – Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang sistem i-Akaun KWSP yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.
Macam mana nak buat semakan penyata KWSP secara online?
Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.
Terkini, pengeluaran akaun 2 sebanyak RM500 sebulan boleh dimohon bermula 1 April melalui i-Lestari KWSP.
Cara Mohon Pengeluaran KWSP dan Semakan i-Akaun KWSP
Semakan Dividen KWSP
Anda juga boleh melakukan kadar semakan i-Akaun KWSP dividen hanya dengan 3 langkah mudah melalui aplikasi i-AKaun.
Tak perlu berbaris di kiosk atau di kaunter dah.
Pengkreditan dividen i-Akaun KWSP telah pun diumumkan sebanyak 5.45% (konvensional) dan 5% (shariah) bagi tahun 2019 & telah pun selesai dilakukan.
Semakan i-Akaun KWSP Online
Anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan i-Akaun KWSP penyata secara online selepas akaun kwsp anda diaktifkan.
Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“.
Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima. Klik Login.
Layari laman web KWSP dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun anda dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia, Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.
Penyata i-akaun semasa KWSP anda akan dipaparkan seperti berikut.
Cara Mohon Pengeluaran KWSP
Terdapat 17 jenis pengeluaran akaun KWSP yang perlu anda tahu. Antaranya.
Pengeluaran dari Akaun 2 ketika umur 50.
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak.
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan.
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah.
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah.
Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman.
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan.
Semak Juga: KWSP Pencarum Bumiputera 81% Kurang Simpanan
Mohon Juga: CARA PERMOHONAN BANTUAN RM 600 (BMT)
Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Cara Mohon Pengeluaran KWSP dan Semakan i-Akaun KWSP