Cara Mohon Online, Bantuan Suri Rumah 2022- RM480
Permohonan bantuan untuk Suri Rumah secara online sebanyak RM480 Setahun.
Golongan Wanita atau suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri.
I-suri
i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Daftar i-suri boleh dlakukan boleh dilakukan dengan cara berikut:
Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:
- MyKad
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
- Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP:
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
- Belum mencapai umur 60 tahun.
SIAPA YANG BOLEH MENCARUM
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
Tambahan: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.
Faedah dalam i-suri KWSP:
- menerima insentif sumbangan sebanyak RM480
- bantuan kematian i-Suri sebanyak RM2500.
- Menerima dividen tahunan KWSP
CARA BAYARAN
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
Belum mencapai umur 60 tahun
Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
Maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP bolehlah layari laman web https:www.kwsp.gov.my/
Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (JUlai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.
Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan ” info jawatan kekosongan kerja” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Join Channel Telegram kami untuk info-info kerja kosong dan segala yang berkaitan tentang bantuan: